Setiap manusia diciptakan untuk berpasang-pasangan dalam kehidupan. Sama juga kepada anak pelakon ini, Zarina Zainuddin yang sebelum ini berkeras menjelaskan kepada ibunya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita cantik. Kini, Zarina telah mendedahkan anak lelakinya iaitu Muhammad Raizal Azrai, 27 atau dikenali sebagai Azal sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang berasal daripada Indonesia, iaitu Rahmah.
Azal, anak autisme berkawan dengan wanita Indonesia
Zarina berkata mereka mulakan pertemuan sejak awal tahun lalu apabila sama-sama terlibat dalam acara di Singapura namun mula rapat pada bulan lalu. Katanya, Azal dan Rahmah kerap kali berjumpa namun begitu hubungan mereka dikatakan masih baru dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing. Wanita Indonesia, Rahmah yang sememangnya bekerja di Singapura menjadi penyebab pasangan ini sering berjumpa apabila mereka berkunjung ke sana.
Azal yang menganggap wanita cantik apabila tidak bertudung tapi disangkal oleh ibunya.. cari wanita yang pandai jaga agamanya..
Jelasnya, pada awal pertemuan Azal sukar menerima Rahmah kerana wanita itu bertudung tapi baginya Rahmah adalah seorang yang baik dan pandai membawa diri apabila di negara orang. Dalam masa yang sama, Rahmah juga mengetahui keadaan kesihatan Azal sebagai anak autisme dan dapat menerima berita itu dengan baik. Kebijaksanaan Azal dalam menyimpan duit dan bekerja menyebabkan Zarina memberi keizinan untuk anak lelakinya berkahwin.
“Semoga ada jodoh mereka berdua” – Zarina Zainuddin
Ibu kepada empat orang anak ini sempat berkongsi gambar Azal dan Rahmah berserta kepsyen yang mendoakan semoga pasangan ini ditemukan jodoh. Namun begitu, Zarina tidak meletakkan harapan yang tinggi ke atas hubungan anaknya untuk kekal berakhir sampai ke jinjang pelamin malah dia hanya mampu doa yang terbaik buat Azal.
Keserasian terserlah pada dua wajah pasangan ini.. sama cantik sama padan..
Menjengah ke ruangan komen Instagram milik Zarina Zainuddin, rata-rata netizen juga mendoakan hubungan pasangan ini supaya berakhir dengan bahagia sampai ke pelaminan. Selain itu, netizen juga seakan-akan bersetuju jika pasangan ini melanjutkan hubungan secara lebih serius.
KREDIT : Portal mStar Online, Instagram Zarina Zainuddin / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.