Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bakal timang cahaya mata lelaki menerusi kejutan yang diterima sewaktu pelancaran video muzik single terbaharu berjudul Be Mine, semalam.
Difahamkan, Ayda dan suaminya Nabil Mahir sengaja mahukan kejutan dimana jantina bayi kedua mereka hanya diketahui oleh pengarah video muzik berkenaan, Rewan Ishak.
Ayda Jebat bakal timang cahaya mata lelaki!
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu mengakui sebak apabila ‘party popper’ mengeluarkan kertas berwarna biru yang menandakan simbolik jantina lelaki.
“It’s a BOY! Alhamdulillah! Video muzik ‘Be Mine’ dah ada di platform YouTube saya. Please watch! Ramai menangis tengok masa sidang media. So lovely! The ending…. Haih… menangis..
“Siapa teka baby boy! You guys betul! Yay! Alhamdulillah sepasang. (Sis tengah pujuk Nabil tutup kilang),” tulisnya semalam.
Ayda menjelaskan, mereka melakukan dua versi kejutan iaitu bayi lelaki dan perempuan ketika penggambaran sebelum Rewan menyunting video muzik itu berdasarkan keputusan jantina.
Pada pelancaran Be Mine juga, pasangan itu turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung mereka Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil yang juga pengacara pada 1 Januari 2021 dan melahirkan Ana pada 21 September 2021 selain dijangka menimbang anak kedua pada hujung tahun ini.
Sumber: Instagram Ayda Jebat / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.