Balik sekolah je beli! Kerap minum air manis, pemuda reda kaki dipotong


Umum ketahui, penyakit diabetes adalah salah satu masalah kronik yang tidak kenal usia dan selalunya memerlukan penjagaan rapi dari segi pengambilan makanan serta minuman.

Walau bagaimanapun, seorang penghidap penyakit tersebut menceritakan peristiwa hitam yang terjadi apabila dia terpaksa merelakan kaki kirinya dipotong seminggu sebelum menyambut ketibaan Ramadan tahun ini.

Pemuda lelaki bernama Mahathir itu masih mampu mengukir senyuman ketika menceritakan semula kisah pahit tersebut walaupun kehilangan salah satu anggota fizikal.

Menerusi hantaran di TikTok @kedidi_kakipalsu, pemuda berusia 21 tahun itu memberitahu faktor utama dia menghidap penyakit kencing manis adalah disebabkan kerap minum air berperisa ketika pulang dari sekolah.

“Banyak minum air manis. Balik sekolah je beli,” katanya.

@kedidi_kakipalsu Adik Mahathir umur 21 dah kena potong kaki sebab kencing manis🥹 #misibantuankakipalsu #prubsnprihatin #mobilityislife #diabetes #kencingmanis #amputeestory ♬ original sound - kedidikakipalsu

Ketika ditanya perasaan sewaktu kakinya dipotong, Mahathir memberitahu dia menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebelum kehilangan kaki kirinya, dia pernah berkhidmat di salah sebuah restoran makanan segera terkenal bertempat di Kuala Lumpur selama hampir dua tahun.

Ketika ditanya mengenai perancangan bekerja, Mahathir masih berharap diberikan peluang untuk bertugas di tempat yang sama namun dia meletakkan segalanya di tangan Tuhan.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, masuk (kerja). Kalau tiada, cari rezeki lain,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang tidak putus-putus meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan kesihatan pemuda berkenaan.

Syukur masih tersenyum



Video menginsafkan berdurasi seminit 23 saat itu meraih lebih dua juta tontonan selain hampir 58,000 tanda suka daripada pengguna aplikasi tersebut.

Sumber: TikTok @kedidi_kakipalsu / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post