Apabila ditanya tentang pengakhiran, sudah tentu kita mahukan kematian yang baik namun amalan semasa hidup yang akan menentukannya.
Sebuah kisah benar diceritakan semula oleh pengguna TikTok, @syaurahishak mengenai seorang lelaki warga emas yang tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah sebelum dijemput ajal.
Syaurah berkata, lelaki tersebut terlibat dalam sebuah kemalangan dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Intensif (ICU) selepas keadaannya menjadi sangat kritikal.
@syaurahishak Kisah Benar: Mati tak boleh nak mengucap tapi mati dalam keadaan mencarut. #syaurahishak #learnontiktok #tiktokguru #motivasikehidupan #meninggaldunia😭 #reminderislam ♬ original sound - Syaurah Ishak
Tidak dibiarkan bersendirian, isteri kepada lelaki itu turut datang menjaga dan menemani sepanjang dimasukkan dalam ICU yang dikhaskan untuk pesakit kronik.
Dua hari selepas itu, si isteri mengambil keputusan membawa seorang ustaz untuk mengajar suaminya mengucap dua kalimah syahadah.
Namun, hanyalah kata-kata kesat yang dikeluarkan dari mulut lelaki tersebut sebelum dijemput ajal dan bukannya lafaz syahadah seperti diajarkan.
Si isteri mendedahkan kepada ustaz bahawa suaminya mempunyai perwatakan kuat mencarut ketika masih hidup dan menjadikannya sebagai bahan gurauan harian.
Video berdurasi empat minit tiga saat itu telah meraih sebanyak 1.4 juta tontonan serta 186,000 tanda suka dan pelbagai komen daripada warganet yang mengambil iktibar daripada cerita tersebut.
Dalam pada itu, Syaurah juga sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga lisan kerana cara mati seseorang ditentukan dengan cara hidupnya di dunia.
Sumber: TikTok @syaurahishak / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.