Reaksi sebak seorang pemuda, Muhammad Wa’ie Mubin Che Mohd Zin, 24, apabila berjaya memenuhi impian arwah bapa yang mahu anak-anaknya menjadi penyambung legasi tentera telah meraih perhatian ramai.
Sebak, penuhi impian arwah bapa nak anak jadi tentera
Menerusi hantaran tular dimuat naik abangnya, Mohd Abd Hazim Che Mohd Zin, 35, di TikTok, adiknya baru sahaja menamatkan Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 23 September lalu.
Lebih menyentuh hati apabila adik-beradik kepada pemuda berusia 24 tahun itu menghadiahkan bingkai gambar yang memaparkan potretnya memakai seragam tentera bersama arwah kedua ibu bapa.
“Tanpa arwah Abah dan Ma (Ibu), air mata kejayaan kami 10 orang beradik akan menjadi saksi kasih sayang kami takkan berputus hingga ke jannah.
“Terima kasih abah dan ma,”tulisnya ringkas.
@lensapaktam Part 2 , TANPA arwah Abah Dan Ma, air Mata kejayaan kami 10 orang adik beradik akan menjadi saksi kasih sayang kami takkan berputus hingga ke jannah, terima kasih abah Dan ma. #alhamdulillah #tiktokersmalaysia🇲🇾 #tenteradaratmalaysia #tamatlatihan #intake197 #2023 #pusadaportdikson #negerisembilan #malaysia #viraltiktok #terimakasihTDM #TDM @saifulaslam9668.co @ahliakitchen ♬ Cinta Sampai Mati 2 - Kangen Band
Doa arwah ibu bapa termakbul, Wa’ie warisi darah satria
Sementara itu, hantaran dimuat naik oleh seorang lagi ahli keluarga meluahkan rasa syukur kerana doa arwah ibu bapa mereka juga telah makbul untuk melihat anak mewarisi darah satria.
“Alhamdulillah, impian dan doa arwah ma dan arwah abah termakbul jua. Terima kasih Ya Allah, ini rezekimu adik. Memang mewarisi darah pahlawan arwah abah.
“Disini jua, 23 September 2023, sejarah tercatat dalam keluarga kami tanpa insan tersayang untuk meraikan hari istimewa ini. Kami akan tetap bersama walau apa jua yang berlaku,”luahnya.
@saifulaslam9668.co Alhamdulillah impian dan doa arwah ma dan arwah abah termakbul jua. Terima kasih Ya Allah, ini rezeki mu dik... memang mu mewarisi darah pahlawan arwah abah. Disini jua 23 September 2023, sejarah tercatat dalam keluarga kami tanpa insan tersayang untuk meraikan hari istimewa ini. Kami akan tetap bersama walau apa jua yang berlaku. Insha Allah 💕 #23september2023 #pusasda #intake197 #tdm #perajuritmuda #portdikson #tenteramalaysia #pembarisantamatlatihan ♬ suara asli - ♓©️♓🅰️Ⓜ️🅰️®️🅰️¹¹
Dalam pada itu, Mohd Abd Hazim menyatakan ibu bapa mereka pasti gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh adiknya jika kedua-dua orang tuanya masih bersama.
“Kalau kedua ibu bapa masih ada, mesti mereka gembira. Apatah lagi arwah abah memang suka sangat kalau anak-anaknya berada dalam unit beruniform.
“Alhamdulillah, adik kesembilan mengikut jejak langkah abah menjadi tentera,” kata Mohd Abd Hazim.
Ibu bapa meninggal akibat kanser
Memetik laporan Harian Metro, abang Wa’ie yang juga jurutera pembuatan berkata, ibu bapa mereka meninggal dunia akibat menghidap kanser.
Malah, menyatakan mereka telah didik untuk sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan oleh kedua-dua orang tua.
“Ibu bapa kami meninggal dunia akibat kanser. Mak meninggal pada 2018 dan abah pada 2022. Walaupun mereka sudah tiada, kami adik beradik sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan ini.
“Kasih sayang yang ditinggalkan pada kami itu diteruskan dalam keluarga. Jadi, apabila Wa’ie mengambil keputusan untuk menyertai tentera, kami semua gembira. Sekurang-kurangnya tercapai juga impian abah,”katanya.
Buat kejutan rai ‘birthday’ adik
Tambahnya, mereka juga telah berpakat untuk hadir meraikan majlis tamat latihan Wa’ie selain mahu memberikan kejutan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 24 September.
Malah, turut menghadiahkan bingkai gambar yang mempunyai ibu ayah.
“Pada masa sama, kami nak berikan dia kejutan sempena hari jadinya yang ke-24 pada 24 September dengan hadiahkan dia bingkai gambar yang ada gambar mak ayah sekali. Itu yang buat dia bertambah sebak,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), TikTok @saifulaslam9668.co, @lensapaktam / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.