Demi beli laptop untuk anak belajar, seorang ibu sanggup gadai gelang emas


Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak sangatlah besar dan tidak terbalas akan jasa mereka yang bersusah payah mencari rezeki demi keselesaan permata hati tercinta.

Ini termasuklah pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan gelang emas hadiah pemberian suami bersempena ulang tahun perkahwinan mereka menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok.

Ibu sanggup gadai gelang emas, hadiah pemberian suami

Menerusi perkongsian itu, dilihat seorang wanita memasuki ke sebuah kedai gajet lalu bertanya sama ada dirinya boleh membeli dan membayar komputer riba menerusi seutas gelang emas atau tidak.

Meskipun menangis teresak-esak kerana sayang untuk menggadaikan gelang emas pemberian suami, namun rela demi anaknya yang bakal menyambung pelajaran.

“Makcik nak cari laptop kat anak. Dah orang habaq (beritahu) ada jual kat sini, makcik mai (datang) lah kat kedai ni, nak tengok lagumana (bagaimana) bayaran dia.

“Kalau boleh tu, kalau cukup, nak beli cash (bayar secara tunai). Kita tengok dululah. Makcik kira nak bagi gelang sajalah kat cik (tuan kedai). Gelang ni, pakcik lah beli. Pakcik beli bersempena hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayanglah..

“Yang penting ni, dia nak belajar kan. Biarlah kita berkorban, nanti ada duit kita beli lain kan,”ujarnya dalam nada merintih sambil mengesat air mata.

Tuan kedai tak bagi gadai gelang emas

Bagaimanapun, tuan kedia berkenaan menasihati wanita berkenaan untuk tidak menggadaikan gelang emas, sebaliknya memberi pilihan lain iaitu bayar secara bulanan menerusi permainan kutu.

“Kalau makcik nak tolak gelang, rasanya tak payah dululah makcik. Simpan, takut ada benda lagi penting nak beli. Saya rasa makcik join kutu.

“Kami ni, selain jual secara cash, kami buat kutu gajet juga. Kalau makcik nak bayar secara bulanan, bolehlah main kutu. Senang sikit nak bayar, tak payah keluar duit seketul,”ujarnya.

@asiah1106 Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah ♬ Sound Sedih Fyp - ASBUN

Sebak air mata, moga jasa dan pengorbanan makcik dihargai anak

Perkongsian itu berjaya mengundang sebak orang ramai di mana mereka turut tersentuh dengan pengorbanan seorang ibu demi kelangsungan dan kesenangan buat si anak dalam menuntut ilmu.

Mereka juga berharap agar anak kepada wanita berkenaan mengenang dan menghargai setiap jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang tua mereka.


Sumber: TikTok @asiah1106 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post