Diselingkuhi kemudian diceraikan ketika anak masih kecil, kisah wanita-wanita yang dianiaya suami seperti ini bukan lagi benda baru dalam masyarakat kita. Selain si ibu, anak-anak juga menerima kesan trauma apabila mereka terpaksa membesar tanpa sentuhan kasih seorang bapa. Namun siapa sangka dalam kisah di bawah, hal sebaliknya pula berlaku.
Begitu sedihnya hati anak sampaikan pandang wajah ibu pun enggan
Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh TikTok @Julian Martino, seorang wanita dipercayai berstatus ibu kandung telah datang menemui anak lelakinya di sebuah rumah. Apa yang pelik, pemuda berkenaan nampak dingin dan langsung enggan memandang wajah ibunya meskipun sekejap. Bila cuba dipegang pun, dia menunjukkan reaksi menolak.
Dulu Mamanya tinggalkan dia & ikut lelaki lain
Rupa-rupanya ketika pemuda itu kecil dahulu, si ibu dikatakan meninggalkan mereka sekeluarga demi mengikuti lelaki lain. Sejak itu, si ayahlah yang bersusah-payah membesarkan anaknya sendirian sebelum berjodoh lagi dengan seorang wanita yang dapat menggantikan sosok ibu buat pemuda berkenaan. Walaupun kini ibu kandungnya sudah kembali, parut yang sudah lama bersemadi tidak mungkin hilang begitu sahaja.
@julianmartino.060708 di tinggal mamanya pergi dengan orang lain,, dia di besarkan sendiri oleh ayahnya sampai menemukan sosok ibu yg perhatian begitu terlukanya hatinya sampai2 tak mau melihat wajah mamanya
♬ оригинальный звук - Estetik Azerbaijan 🇦🇿
Lama kelamaan, wajah ibu tiri & anak tiri menjadi seakan sama
Walaupun bukan ibu kandung, tetapi hubungan pemuda ini dan ibu tirinya nampak sangat erat dipenuhi rasa sayang yang menggebu-gebu. Lebih mengharukan apabila dia sudah besar sekarang, wajah mereka juga nampak mirip seperti keluarga kandung.
@julianmartino.060708 Membalas @mmyyss28_ ♬ Ibu - Adi Bugak
KREDIT : TikTok Julian Martino / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.