Sudah sah bercerai talak satu pada tanggal 10 Ogos yang lalu, namun kelibat mesra Diana Daniella dan Farid Kamil sejak beberapa hari lalu telah mencetuskan tanda tanya. Sudah pasti, persoalan pertama yang terus meniti di bibir peminat adalah tentang benarkah mereka berdua sudah rujuk kembali.
Diana pernah tolak segala usaha damai daripada pihak Farid
Sekitar bulan Mac dan April, dunia hiburan dihebohkan dengan prosiding tentang konflik rumah tangga mereka yang penuh liku. Tatkala Farid cuba memujuk dengan jambangan bunga dan cincin, Diana ketika itu seakan-akan nekad untuk bercerai dan nampak sudah tawar hati. Meskipun pernah diberikan tawaran perdamaian bernilai lebih RM300,000, semuanya gagal apabila aktres berkenaan menolaknya.
Diana & Farid akan pergi ke mahkamah untuk rujuk secepatnya
Namun siapa sangka, takdir Allah telah menentukan sesuatu yang indah buat pasangan selebriti ini. Sebentar tadi, Farid dan Diana melalui satu sidang media telah mengumumkan tentang perancangan mereka untuk merujuk semula hubungan sebagai suami isteri. Namun ia haruslah mengikut prosedur memandangkan kini mereka masih lagi berada dalam tempoh iddah. Lebih manis lagi, Farid terlihat mengucup pipi Diana dengan renungan yang penuh dengan kasih sayang.
Ya Allah kenapa mata masuk habuk ni…Alhamdulillah mereka bersatu semula
Menerusi ruangan komen, pengumuman tersebut cukup disambut penuh syukur oleh para peminat. Mahligai yang sebelum ini terlerai kini bertaut semula. Justeru mereka mendoakan agar jodoh mereka akan dipanjangkan dan dikuatkan lagi.
KREDIT : Portal Kosmo & Instagram Abpbh35 / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.