Fikir ibu tiada duit, anak enggan beli di kantin! Kantoi bawa bekal, gigit tepi biskut untuk muat bekas kecil


SATU rakaman yang dikongsikan seorang ibu di media sosial menjadi tular selepas ia menyentuh hati rata-rata mereka yang menonton video tersebut.

Nadiya Hayati dalam satu hantaran di TikTok menunjukkan momen apabila mendapat tahu anaknya, Zachary cuba menyembunyikan sesuatu di dalam beg sekolah.

Dia kemudian mendapati anak lelaki itu membawa tiga keping biskut yang diletakkan di dalam bekas kecil sebagai bekal ke sekolah.

Ketka ditanya, Zachary berkata bekal tersebut mahu dimakan semasa rehat kerana tidak mahu menggunakan duit yang diberikan ibunya untuk berbelanja di kantin sekolah.

Tangkap layar video dikongsikan Nadiya.

"Ini benda yang disorokkan (bekas kecil). Dia cakap bawa ni sebab nak simpan duit belanja," tulis si ibu pada video.

Nadiya bertanya kepada anaknya mengapa dia mahu menjimatkan wang sedangkan dia tidak pernah menyuruh Zachary berbuat demikian.

Zachary pada mulanya kelihatan teragak-agak untuk menjawab dan cuba mengelak daripada menjawab soalan ibunya.

Namun, dia akhirnya berterus terang membawa biskut kerana tidak mahu membeli apa-apa di sekolah.

Mendengar jawapan si anak, Nadiya sekali lagi mengajukan soalan sama yang mana kali ini anaknya memberi jawapan yang mengundang sebak.

“Sebab kita tidak ada banyak wang,” ujar Zachary.

Dalam video itu, Nadiya turut bertanyakan kepada Zachary bagaimana dia berjaya memasukkan tiga keping biskut berbentuk empat segi ke dalam bekas bulat bersaiz kecil.

Tidak, kami sebenarnya tidak mempunyai masalah kewangan.

NADIYA HAYATI

Menurut Nadia, Zachary menggigit bahagian tepi biskut tersebut supaya muat diletakkan dalam bekas tersebut.

Budak lelaki itu juga mengesahkan bahawa dia tidak akan menggunakan duit belanja sebaliknya hanya akan makan separuh lagi biskut di sekolah.

Video yang dikongsikan Nadiya di TikTok meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen sangat terharu dengan tindakan Zachary malah memuji sifat prihatin murid sekolah rendah itu.

Zachary memasukkan semula biskut ke dalam beg.

Susulan tularnya video itu, Nadiya melalui Instagram miliknya tampil memberikan penjelasannya.

Dia meyakinkan netizen bahawa keluarganya tidak berdepan masalah kewangan menerusi ruangan kapsyen video itu yang dimuat naik sekali lagi.

“Tidak, kami sebenarnya tidak mempunyai masalah kewangan.

“Saya andaikan dia menjawab seperti ini mungkin kerana saya sebelum ini menolak beberapa permintaannya dengan memberitahunya saya tidak mempunyai cukup wang atau sebagainya.

"Jadi tolong berhenti reka cerita dia trauma atau pernah lihat orang dewasa bergaduh sebab duit atau sebab lain lagi,” jelas Nadiya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post