Sebagai seorang pengantar makanan, pasti banyak menghadapi pelbagai cabaran ketika melakukan tugas untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Namun, lain pula dengan cabaran seorang pengantar makanan ini yang hampir sahaja bersikap dingin dengan pelanggan yang memesan makanan. Akan tetapi, Kedinginan yang membuak-buak itu akhirnya bertukar apabila dia melihat seorang pak cik tua berkerusi roda datang mengambil makanan itu.
Dah sampai depan rumah tapi customer tak keluar
Melalui rakaman video TikTok yang dimuat naik oleh Irfan Rizam, dia ditugaskan untuk menghantar makanan di sebuah rumah pelanggan. Menerusi rakaman itu, dia menyatakan apabila sudah tiba di hadapan rumah, pelanggan tidak menunggu di luar dan tidak membuka pintu sama sekali. Dia terus menghubungi pelanggan yang memesan makanan itu.
Mula merasakan kemarahan
Setelah menghubungi berkali-kali, dia hampir meluahkan rasa marahnya apabila pelanggan itu tidak menjawab panggilan. Pada masa itu, matahari sudah mencacak naik sehingga terasa kawasan itu begitu terik. Dengan cuaca yang sedemikian, lagi bertambah panas hatinya, ujarnya.
Customer remark orang dalam rumah tu OKU
Kemudian, dalam beberapa minit dia terdengar suara orang menyuruhnya masuk ke dalam pagar rumah. Dia pun masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Tambahnya lagi, sewaktu dia menerima pesanan makanan itu, orang yang memesan makanan itu ada memberi maklumat yang mengatakan pelanggan yang akan dia jumpa itu adalah seorang OKU. Tetapi dia tidak percaya sama sekali dan cuba merekod video.
Sebak melihat keadaan uncle
Sewaktu orang yang berada di rumah itu membuka pintu, alangkah terkejut dan luruh jantungnya apabila melihat sosok tubuh orang tua yang berkerusi roda. Luluh dan sedih hatinya melihat seorang pak cik tua berbangsa Cina tidak mempunyai sebelah kaki. Pada waktu itu dia mula merasakan betapa jahatnya diri kerana mahu memarahi seorang OKU tanpa usul periksa dahulu.
Terukir wajah kegembiraan
Rupanya, bukan pakcik itu yang memesan makanan itu, tetapi orang lain. Dia berasa serba salah kerana tidak mengetahui hal sebenar. Pak cik itu senyum kegembiraan apabila ada insan yang mulia memberinya makanan. Di akhir video tersebut, dia memohon maaf kepada orang yang memesan makanan untuk pak cik itu. Dia juga mendoakan kesihatan pak cik OKU itu.
@irfanrizam_ Maafkan saya 🥹🙏🏻
♬ original sound - IRFAN RIZAM
Pujian dan nasihat daripada netizen
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang memuji sikap pengantar makanan itu. Ada yang berterima kasih kerana mampu bersabar dalam melaksanakan pekerjaan, itu.
KREDIT : TikTok IRFAN RIZAM / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.