Gagal memotong punca nahas ragut tiga nyawa pelajar kolej

Gagal memotong kenderaan di hadapan dipercayai menjadi punca nahas meragut tiga nyawa pelajar kolej di kilometer 50 Lebuhraya Senai Desaru dekat Bandar Penawar, Johor Bahru petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata, kejadian itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Bezza, Volkswagen Beetle dan MPV Toyota Inova.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari arah Desaru menuju ke arah Senai, cuba memotong kenderaan dihadapannya lalu bertembung dengan Volkswagen Beetle dan MPV Toyota Innova.

“Pemandu Volkswagen Beetle berusia 50 tahun sempat mengelak dan bergesel dengan Produa Bezza, manakala Toyota Innova terbabit berlanggar secara berdepan,” katanya.

Sementara itu, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat berkongsi berita duka berhubung pemergian tiga pelajar terbabit iaitu Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazli, 19, dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19.

“Ya Allah.. Ampunilah dia.. Rahmatilah dia.. Maafkanlah dia.. Muliakanlah kematiannya.. Lapangkanlah kuburnya.. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.. Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya..

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Khabar duka dari KPTM Batu Pahat,” tulis KPTM Batu Pahat dalam satu hantaran di laman Facebook, malam tadi.

Difahamkan, seorang lagi rakan mereka yang juga penumpang kenderaan sama Izznur Harith, 19, mengalami kecederaan dan dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI).

Manakala pemandu dan dua penumpang kereta Volkswagen Beetle seleain pemandu serta tiga penumpang Toyota Innova juga dirujuk ke HSI bagi rawatan susulan.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad), Facebook KPTM Batu Pahat & JohorPost / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post