Guna Duit Tabung Senyap-Senyap Beli Makanan, Anak Ditegur Ibu Sebab Tak Jujur


Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap ibu bapa perlu mendidik anak-anak melakukan perkara yang baik dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik. Begitulah kisah di aplikasi TikTok mengenai seorang anak yang ditegur oleh ibunya disebabkan mengambil duit dalam tabung untuk membeli makanan di sekolah. Teguran yang diberikan itu membuatkannya menangis teresak-esak.

“Kenapa ambil duit dari tabung”

Melalui rakaman video TikTok yang diposting oleh IBu June Erniey, anak perempuannya iaitu Herra, membuat pengakuan kerana mengambil duit tabung tanpa kebenaran ibunya. Sebelum ini, ibunya pernah berpesan dengan nada yang lembut kepada Herra supaya tidak mengambil duit yang dikumpulkan dalam tabung. Namun, tindakan anaknya itu membuatkan si ibu tidak berpuas hati dan bertanyakan tujuan Herra mengambil duit tersebut. Kebiasaannya Herra akan menggunakan RM1 sahaja untuk sepinggan mee atau nasi. Ibunya juga menyatakan jika ada makanan yang Herra mahu, terus beritahunya supaya dapat memberikan wang perbelajaan lebih kepada Herra.

“Ibu tengok balik dalam tabung, duit kertas ada berapa keping je”

Si ibu turut menyatakan bahawa duit kertas yang dikumpulkan dalam tabung anaknya itu hanya tinggal beberapa keping sahaja. Ini kerana dia turut membantu mengisi duit tabung anaknya itu namun setelah melihat tabung anaknya dia sedikit terkejut. Dia juga memberitahu bahawa dia memberi RM2 untuk Herra makan di sekolah kerana dia tidak menggalakkan anaknya untuk membeli makanan ringan. Kebiasannya apa yang Herra tidak dapat makan di sekolah, ibunya akan membelikan selepas mereka pulang dari sekolah, ujar ibunya lagi.

Nikmat kesenangan daripada Allah SWT

Si ibu sedikit kecewa kerana selama ini dia mengajarkan sifat kejujuran dalam diri anaknya namun kali ini anaknya tidak melakukan apa yang diajar. Ibunya kurang senang dengan kelakuan anaknya yang suka membeli sesuatu di sekolah sedangkan semua itu boleh dibelikan oleh ibunya. Si ibu juga memberikan teguran di mana Allah sekarang sedang memberikan kesenangan pada mereka, namun apabila Allah memberikan kesusahan anaknya pasti akan menyesal dengan tindaknnya.

“Kalau nak apa-apa beritahu ibu, ibu belikan untuk Herra”

Akhirnya Herra mengaku bahawa dia menggunakan duit tabungnya itu untuk membeli waffle yang berharga RM2 di sekolah. Namun dinafikan oleh ibunya mustahil setiap hari makan waffle. namun disebabkan rasa lapar yang kuat, Herra membeli 2 waffle yang berharga RM4 untuk setiap hari. Ibunya menegaskan sekali lagi jika mahu membeli makanan yang lain, perlu maklumkan kepada ibunya agar ibu boleh memberikan duit lebih untuknya. Bagi si ibu, apa yang anak inginkan pasti dia akan belikan, tidak pernah sekali ibunya tidak menunaikan permintaan Herra.

Herra menyesal dan minta maaf pada ibu

Namun begitu, dikhuatiri segelintir netizen yang memberikan kecaman kepada si ibu kerana memuat naik video menegur anak di media sosial sehingga menangis, si ibu tampil mendedahkan bahawa Herra sendiri yang mahu ibunya memuat naik di media sosial agar suatu hari nanti apabila Herra menonton semula dia akan jadikan perkara itu sebgai pengajaran dalam hidupnya. Di akhir video tersebut, Herra meminta maaf kepada ibunya dan ibunya memaafkan kesalahan yang dia lakukan.

Sokongan daripada netizen

Menerusi ruang komen di rakaman video bahagian 2, ramai netizen yang menyokong tindakan si ibu tersebut dalam mendidik anak-anak. Terutamanya anak-anak yang sedang membesar dan bersekolah.

KREDIT : TikTok IBU June Erniey / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post