Hebat, Penangan ‘Solat Subuh Challenge’, Jemaah Penuh Macam Solat Jumaat


Hebat, Penangan ‘Solat Subuh Challenge’, Jemaah Penuh Macam Solat Jumaat

Kebiasaannya, kita boleh lihat masjid berada dalam keadaan penuh dengan umat Islam apabila tiba hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha atau pada tengah hari Jumaat.

Para jemaah akan hadir untuk menunaikan solat wajib dan juga sunat di masjid berkenaan sekali gus melaksanakan perkara yang tersenarai dalam rukun Islam.

Bagaimanapun, jarang sekali untuk melihat masjid berada dalam keadaan sesak ketika waktu awal pagi, di mana ketika azan Subuh sedang dilaungkan.

Pun begitu, perkara tersebut tidak menjadi masalah bagi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang terletak di Taman Temerloh Jaya.

Masjid Temerloh terima jemaah luar biasa ketika Subuh

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @fendibinismail, ia menunjukkan suasana di rumah Allah itu ketika masuk waktu Subuh.

Dalam video tersebut boleh dilihat kehadiran para jemaah dari pelbagai peringkat umur yang memenuhi barisan saf di masjid itu pada setiap kali solat Subuh.

Biarpun bagi sesetengah orang, ia menjadi cabaran untuk menunaikan solat Subuh di masjid namun tidak untuk para jemaah di Temerloh.

“Ini solat Subuh, jam sekarang 6.30 pagi, baru sahaja selesai solat Subuh di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya.

“Seluruh Malaysia tengok jemaah solat Subuh ini, penuh. Seolah-olah anda melihat jemaah sedang menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Video tersebut memaparkan keadaan di masjid itu ketika para jemaah sedang menunaikan solat Subuh.

Seperti masjid yang lain, ruang solat masjid itu juga boleh menempatkan puluhan jemaah dan semasa solat Subuh tersebut, setiap barisan saf dipenuhi jemaah hingga ada yang terpaksa solat di hadapan pintu masuk.

Perkara itu merupakan satu perihal yang membanggakan kerana ia menunjukkan masyarakat di situ bersemangat untuk melakukan solat jemaah walaupun pada waktu awal pagi hari.

Disebabkan ia adalah perkara yang baik, adalah wajar untuk para jemaah di negeri lain mencontohi masjid berkenaan yang sentiasa dipenuhi dengan jemaah yang luar biasa ketika Subuh.

“Sahut cabaran ini, share seluruh Malaysia. Sama-sama kita imarahkan masjid, penuhkan masjid solat jemaah di masjid,” ujarnya.

@fendibinismail #SubuhChalangge2023 #JomImarahMasjid #MasjidTJMasjidKita ♬ original sound - FBI

Sumber: TikTok @fendibinismail / siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post