qq1
KEHILANGAN orang yang tersayang pasti tidak terperi sakitnya.
Begitulah kisahnya untuk lelaki ini apabila dia menghadiri majlis penamatan pengajian ijazah isterinya yang meninggal dunia selepas melahirkan cahaya mata mereka.
Dalam satu video tular di TikTok, lelaki tersebut dilihat berjalan dengan berjuraian air mata tatkala dia menaiki pentas untuk mewakili isterinya.
Majlis penganugerahan sijil di Kolej Pelancongan Mataram, Indonesia itu pada mulanya disambut meriah, namun mula menjadi hiba apabila para hadirin menyedari akan kisah lelaki tersebut.
Pada mulanya, perakam video itu mempersoalkan mengapa lelaki yang berambut panjang berkenaan tidak mengenakan pakaian rasmi majlis seperti calon yang siswazah yang lain.
Dia hanya memakai baju kemeja-T lengan pendek selain membawa portret gambar seseorang dalam rangkulannya yang dipercayai adalah arwah isterinya.
"Awalnya saya bingung kenapa ada calon siswazah yang tidak mengenakan pakaian istiadat yang sepatutnya,” tulis perakam dalam kapsyen video.
Hanya selepas pengacara majlis memaklumkan tentang tujuan kehadiran lelaki tersebut, barulah orang ramai mengetahui tentang kehilangan isterinya.
Difahamkan, wanita berkenaan sempat menyempurnakan tesisnya dan menamatkan pengajian sebelum meninggal dunia.
Ketabahan lelaki itu membuatkan rata-rata warga maya kagum, bagaimana dia mampu mengumpul kekuatan walaupun selepas ditimpa tragedi yang sebegitu berat.
"Semoga dapat membesarkan anak dengan baik, dimurahkan rezeki dan mampu untuk hantar anak melanjutkan pengajiannya" kata seorang warga maya. - Banjarmasin.post
Sumber ; mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.