Walaupun air tangan ibu kita hanyalah masakan biasa, tapi ia adalah satu rezeki dan kenangan yang akan selalu dikenang sampai bila-bila. Itulah yang terjadi kepada pemuda di aplikasi Tiktok iaitu AbangSejuk yang meluahkan rasa sedih dan rindu dengan air tangan ibunya.
Makanan orang-orang kaya
Dalam video tersebut, pemuda tersebut telah berkongsikan satu kisah benar iaitu pengalaman yang pernah terjadi pada dirinya ketika di sekolah rendah. Menurutnya, setiap hari ke sekolah dia akan dibekalkan makanan oleh ibunya. Apabila waktu rehat, dia akan memerhati setiap bekal yang dibawa oleh rakan-rakan lain seperti nugget, ayam goreng, fries, manakala dia membawa hanya bekal nasi goreng, ‘cucur kodok’, atau ‘cucoq pisang’ ke sekolah.
“Mama, kat sekolah kan semua orang makan makanan orang kaya-kaya”
Apabila pulang ke rumah, dia berjumpa ibunya untuk menyatakan hasratnya. Dia merasakan makanan yang dia lihat itu merupakan makanan orang kaya sahaja boleh makan. Beliau juga menyatakan hasrat ingin makan makanan seperti rakan lain. Namun, ibunya pandai dalam mengambil hati anak dengan cuba menerangkan kepadanya bahawa nugget itu diperbuat daripada tonggeng ayam.
Rindu bekal daripada ibu
Apabila usia semakin dewasa, barulah dia tahu dan mengerti nilai makanan orang kaya itu tidak sesedap dengan nilai makanan daripada air tangan seorang ibu. Menurutnya, air tangan ibu paling sedap berbanding dengan makanan orang kaya yang dia lihat ketika sekolah rendah.
Akan sampai suatu masa, kita dah dewasa kita akan rindu dengan air tangan ibu kita. Walaupun perlu diberi peratusan dalam ulasan makanan, air tangan ibu tetap tiada tandingannya.
Kerinduan yang tiada penghujung
Dia juga tidak boleh merasakan lagi air tangan seorang ibu kerana ibunya telah pun pergi untuk selama-lamanya. Kini, dia merindukan semua tentang ibunya. Dalam video tersebut juga memaparkan rakaman-rakaman bersama ibunya. Dia merasakan itu adalah kerinduan yang tiada penghujung untuk semua manusia.
Itulah manusia yang tak pernah bersyukur dengan rezeki dia ada. Kini, dia tiada lagi seorang insan yang bergelar ibu.
@abangsejukofficial Insha Allah Doa2 Anak mu sentiasa mendampingi kubur mu ibu , ajib sentiasa mendoakan buat mama, in sha Allah moga kita berjumpa lagi di alam sana dan dapat merasa lagi hasil masakan tangan mu mama I Love You #abangsejuk ♬ Jiwa Yang Bersedih - Ghea Indrawari
KREDIT : Tiktok AbangSejuk / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.