Ibu Ayah Pergi Cari Makan, Keluarga Tinggal Bawah Jambatan Undang Sebak Netizen


Perkara yang paling bersyukur dalam setiap insan adalah memiliki kehidupan yang selesa bersama keluarga tercinta. Namun, segelintir masyarakat tidak mampu memiliki apa yang diimpikan. Hal ini berkait dengan satu video di aplikasi Tiktok milik individu iaitu khairulnizam1881 di mana dia terjumpa adik beradik yang sedang bermain di tepi sungai di bawah jambatan.

“Ibu Ayah pergi cari makan…”

Melalui kapsyen yang ditulis oleh individu tersebut, dia terjumpa anak-anak yang bermain di bawah jambatan. Ternyata mereka adalah adik beradik dan mempunyai ibu bapa yang tinggal di kawasan itu. Apabila ditanya kepada salah seorang anak tersebut tentang keberadaan ibu bapanya, anak itu menjawab ibu bapanya pergi mencari makanan untuk mereka. Menerusi maklumat yang diterima, ayahnya seorang cina mualaf dan ibunya seorang warganegara indonesia.

Tiada kemudahan yang tersedia

Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh anak tersebut, dia berasa sedih kerana tidak dapat membayangkan bagaimana keluarga tersebut boleh hidup di bawah jambatan yang kotor dan tidak ada satu pun kemudahan atau kelengkapan yang tersedia.

“Pak cik, terima kasih belikan makanan”

Menerusi rakaman video tersebut, keluarga itu mempunyai 2 orang anak lelaki dan 2 orang perempuan serta seorang bayi. Selain itu, anak-anak tersebut duduk di atas tanah pasir dengan beralaskan kain berwarna putih yang sudah kotor dan lusuh. Individu tersebut turut memberikan beberapa makanan ringan kepada adik beradik itu untuk mengalas perut sementara menunggu kepulangan ibu bapa mereka. Individu tersebut juga memberitahu dia tersentuh hati apabila salah seorang anak perempuan tersebut mengucapkan terima kasih membelikan mereka makanan.



@khairulnizam1881 Terjumpa Anak2 ni bermain tepi sungai dan bertanya mana mak ayah.mereka cakap pergi cari makan untuk kami pakcik.Allah sedihnya bila mendengar kata2 anak2 ni..🥹 Bantulah Mereka di lokasi Bawah jambatan jalan motor sebelom tol awan besar arah klang. #prihatin #bantulahmereka #rakyatmalaysia #fypシ゚viral ♬ original sound - Bed Muo - Cik Bed Muo

Tinggal di tempat yang lebih selesa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih melihat kehidupan anak-anak itu. Ada juga netizen yang menyatakan keluarga ini telah dibantu oleh individu yang membawa keluarga ini ke satu bilik sewa untuk agar lebih selamat dan selesa. Malah, ada juga netizen yang mengucapkan terima kasih kepada individu yang sanggup membantu keluarga itu.

KREDIT : TikTok khairulnizam1881 / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post