Isteri Letih Tegur Suami Hisap Vape Pods Dekat-Dekat, Akhirnya Anak Yang Merana

Pernahkah anda mendengar mengenai istilah Secondhand Smoke (SHS)? Ringkasnya, ia merujuk kepada seseorang yang secara tidak sengaja menghirup ‘asap terpakai’ yang mengandungi bahan seperti tembakau, arsenik, plumbum ataupun nikotin. Mungkin ada yang fikir ini cuma hal kecil, hakikatnya ia mampu membawa kesan buruk yang cukup merisaukan.

“Abiy, jangan hisap Pods…Ada anak ni”..Letih jaga bapa daripada anak

Baru-baru ini juga menerusi TikTok seorang wanita, dia sempat berkongsikan detik-detik hitam sewaktu kesihatan anak perempuannya terjejas gara-gara tabiat suaminya yang menghisap Vape Pods. Menurutnya, dia sudah penat berkali-kali ingatkan lelaki berkenaan agar tidak menghisap Pods jika anak sedang ada berdekatan.


Cakap dengan Pok (bapa) dok faham bahasa…Sekarang hisap depan-depan kena halau

Akan tetapi, teguran itu tidak didengari umpama masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri. Ibu bapa mana yang tidak risau apabila melihat keadaan anak jadi teruk begitu. Dapat disaksikan daripada beberapa gambar yang dikongsikan ibu ini ketika berada di pusat perubatan, sistem pernafasan anaknya terjejas sehingga terpaksa diberikan rawatan nebulizer.


@suzilashuhadah

letih jaga pok dari anok,ckp ngn pok dok faham bhasa ckp ngn anok lagi la dok faham.Alhamdulilah skrang kalu isap pod depan ank awal awal kene halauuu😏

♬ original sound - MVM Music

Anak saya pernah macam ni, 5 hari masuk ICU…Kita yang penat jaga

Melalui ruangan komen, rupanya ramai wanita berkongsikan dilema sama. Apabila ditegur, ada pula suami akan melenting sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku.

KREDIT : TikTok Suzila Shuhadah / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post