Jual Kereta Untuk Duit Makan, Pak Cik Rela Berdiri Tengah Panas Tahan Kereta


Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang boleh kita belajar dari kehidupan seseorang. Baru-baru ini di aplikasi X, seorang individu berkongsi kisah kesusahan seorang pak cik yang rela berpanas terik menahan kereta-kereta di jalan untuk menjual kereta bagi kelangsungan hidup.

Pak cik tahan kereta tengah panas

Menurut individu tersebut, dia dan keluarga sedang dalam perjalanan untuk pergi makan. Kemudian tanpa sengaja, dia terlihat seorang pak cik yang berdiri di bawah terik mentari dan menyuruh ayahnya untuk berhenti untuk bertanya masalah pak cik tersebut.

Nak jual kereta sebab tak ada duit nak baiki

Pak Cik tersebut menyatakan bahawa keretanya rosak dan dia dalam keadaan buntu untuk menjual atau memperbaiki keretanya. Namun, dia tidak memiliki wang untuk membaiki. Ayah individu tersebut meminta pak cik berkenaan untuk masuk ke dalam kereta milik keluarganya dan menyuruh pak cik tunjukkan jalan ke rumah. Di samping itu, ayahnya juga boleh melihat-lihat terlebih dahulu kerosakan kereta yang ingin dijual.

Peti sejuk pun tak ada, makanan anak sedara yang bagi kadang-kadang

Menurut individu itu lagi, pak cik tersebut berumur 54 tahun pernah mengalami strok dan tidak bekerja. Beliau hanya duduk di rumah dengan isterinya. Mereka juga tidak dikurniakan anak, malah adik beradik juga sudah lama tidak dihubungi. Melihat keadaan rumah, individu itu menyatakan pak cik tersebut hidup dalam keadaan susah. Ini kerana rumahnya tidak memiliki peti sejuk dan barang masak. Pak cik tersebut menyatakan makanan yang dia peroleh diberi oleh anak saudara yang datang menjenguk mereka.

Beri bantuan untuk pak cik dan isteri makan

Tambahan pula, kereta yang ingin dijual dinyatakan memang rosak kerana enjin pecah namun keadaan bahagian dalam kereta masih lagi sempurna dan elok. Pak cik itu juga tidak memiliki lesen kereta jadi dia ingin menjual untuk membeli makanan. Ayah individu tersebut memberikan duit makan dan penyelesaian bagi masalah pakcik itu akan difikirkan kemudian.

“Mungkin Allah gerakan hati kami untuk berjumpa dengan pakcik ini”

Baginya, semua ini telah disusun oleh Maha Pencipta. Individu tersebut juga menyatakan bahawa jika kita merasakan kesusahan hidup, fikirkanlah sebenarnya ramai lagi orang yang lebih susah di luar sana. Selagi boleh menghulurkan bantuan, hulurlah seadanya. Jika tidak di sini mungkin di akhirat sana.

Mungkin Allah gerakan hati kami untuk berjumpa dengan pakcik ini. Kami tolong ikhlas.

KREDIT : Twitter Ciraplaici / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post