Lelaki OKU ini tidak mudah berputus asa untuk melakukan hobinya.
MESKIPUN dengan kekurangan yang ada pada diri, itu bukan penghalang untuk lelaki ini berkarya sebagai hobinya.
Walaupun tidak boleh bercakap dengan jelas, lumpuh bahagian tangan dan sukar untuk berdiri, Zhang Jiubin, 34, menggunakan dagu dan hidung untuk menulis.
Lelaki daripada sebuah kampung di wilayah Shandong, timur China ini dikatakan sudah menulis hampir 1,000 puisi sejak usia sembilan tahun walaupun merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU).
Zhang disahkan menghidap Cerebral Palsy ketika berusia tiga bulan, namun, nasib sedemikian tidak cukup untuk mematahkan semangatnya.
Zhang bersastera dengan menggunakan hidung dan dagunya untuk membuka halaman kamus, sebelum menaip di komputer dan telefon pintar bagi mencipta ratusan puisi yang indah serta menyentuh hati ramai.
Pencapaian Zhang itu mengejutkan ramai kerana insan normal pun belum tentu boleh menjadi penulis berkarisma sepertinya.
Dalam satu temu bual, Zhang berkata, dia memperoleh 5,000 yuan (RM3,220) dengan menerbitkan puisinya.
Bapanya, Zhang Yonggui, 67, berkata, anaknya mula belajar membaca pada usia 13 tahun dan setiap hari dia akan menolak anaknya menggunakan kerusi roda ke meja tulis khas dibuat untuknya.
"Saya cuba untuk tidak membuat bising sambil menemaninya.
"Anak saya tidak pernah dapat menyebut 'ayah' dengan jelas, tetapi dia mengatakan dia sayang saya dalam puisinya.
"Dia tulis, ucapan terpanjang dalam hidup saya adalah ini, saya sayang kamu, ayahku," kata bapa Zhang. - South China Morning Post
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.