Seorang pelumba drag dilaporkan maut akibat kemalangan ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa Muhammad Hattem Rashdi terbabit dalam kejadian itu pada hari pertama perlumbaan Ahad lalu selepas motor ditungganginya terbabas.
@hafiz_pmp64 Semoga cepat sembuh seperti sediakala🤲🏻 #fyp #hattem #drag #musc #capangdmr #jatuh #hattemjatuh #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg ♬ bunyi asal - CAPANG_DRAG🚀🏁
Hattem yang mewakili ESR Motor sejak dua tahun lalu kemudian dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Keadaan mangsa berumur 22 tahun itu menjadi makin parah lalu menyebabkan dia menghembuskan nafas terakhir selepas lebih 12 jam bertarung nyawa.
@danial_7895 Semoga tenang di sana sobat🤲🏻🥰 #hattemrashdi #muscpekan #4 ♬ suara asli - ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ - ⛔🅃🅄🄰🄽𝓜𝓾𝓭𝓪16🎗️P2EM ⛔
Pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad memaklumkan Hattem disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang semalam dan jenazahnya dikebumikan di Alor Janggus, Kedah.
“Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas,” katanya.
Terdahulu, perlumbaan drag telah meragut beberapa nyawa antaranya kematian peserta ketika menjayakan perlumbaan Battle of The Kings (BOTK) di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar), TikTok @danial_7895, @hafiz_pmp64 / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.