Kalau dah nama jodoh, berpisah jauh mana sekali pun mesti akan kembali bersama, itulah namanya jodoh abadi. Situasi ini terjadi pada pasangan selebriti yang terkenal iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikatakan telah berbaik semula selepas sebulan failkan penceraian. Ini dapat dilihat melalui perkongsian semula video di Instastory milik Diana Danielle yang memperlihatkan sosok tubuh bekas suaminya, Farid Kamil duduk bersebelahan telah menarik perhatian netizen.
Alhamdulilah… kebahagiaan akhirnya berpihak kepada mereka…
Dalam masa yang sama, Farid Kamil juga telah merakam detik bekas isterinya yang sedang ditemu bual oleh wartawan dalam sebuah studio. Farid yang ketika itu berada di luar studio kelihatan teruja merakamkan detik dengan melampirkan satu emoji lelaki sedang dilamun cinta. Farid Kamil seakan-akan memberi bayangan terhadap hubungan mereka untuk berbaik semula dengan bekas isterinya, Diana Danielle.
“Dia merupakan suatu nikmat juga…”- Farid Kamil
Menerusi perkongsian rakaman di TikTok Budiey Channel yang dimuat naik telah menampilkan pasangan ini, Farid Kamil memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku. Farid berkata bahawa musibah yang melanda kepada keluarga mereka bulan lalu merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah. Hubungan mereka kembali berbaik apabila kelihatan Diana dan Farid terlihat erat duduk bersebelahan sambil memegang mikrofon.
@budieychannel Betul ke mereka akan bersama semula deni anak-anak & keluarga? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI. #boraksinihabissini #budieychannel ♬ original sound - Budiey
“Keutamaan kepada family dan my life… berpaksikan pada itu..”- Diana Danielle
Diana berkata apa – apa tindakan akhir yang dilakukan olehnya adalah berdasarkan keutamaan terhadap hidup dia dan keluarganya. Katanya lagi, dia juga berfikiran positif dan baik sahaja jika netizen menyuarakan sebarang pendapat terhadap hubungannya bersama bekas suami. Diana juga seakan-akan mengetahui jika hubungan berbaik semula dengan bekas suami akan menjadi bual mulut orang ramai dan mereka siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang.
@budieychannel Diana Danielle & Farid Kamil bersepakat buat keputusan untuk...? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI #sembangentertainment #budieychannel ♬ original sound - Budiey
KREDIT : Instagram Diana Danielle, Instagram Farid Kamil, TikTok Budiey Channel / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.