Nak pergi jumpa anak, pemuda2 bantu pakcik nyanyuk ‘eksiden’ sorang2


Usaha sekumpulan pemuda dalam membantu seorang lelaki warga emas yang keseorangan di sebuah lebuh raya telah mendapat perhatian warganet baru-baru ini.

Menurut pemilik akaun TikTok @syakirbelon4.0, dia dan rakan terjumpa dengan lelaki tersebut yang menggigil kesejukan di kawasan sekitar ibu kota pada jam 5 pagi.

@syakirbelon4.0

ALLAHHU uncel 😭😭😭

♬ Ayah - Seventeen

Rupa-rupanya, lelaki tua itu terbabit dalam kemalangan serta mengalami kecederaan ringan akibat brek motor tidak berfungsi ketika melalui jalan yang licin.

“Siku pakcik ni berdarah sebab kemalangan.

“Bayangkan jalan kosong macam ni, jalan licin selepas hujan. Sendirian pula tu dengan kemalangan lagi.” katanya.

Dipercayai lelaki berusia yang juga penghidap penyakit nyanyuk itu mahu berjumpa dengan anaknya menetap di kawasan berdekatan Jalan Istana, Kuala Lumpur.

“Bila kami cuba tanya, pakcik ni rupanya dalam keadaan nyanyuk. Pukul 5 pagi dia kata petang, padahal langit gelap sangat-sangat.

“Kata nak jumpa anak dia dekat kawasan jalan menuju ke Istana Negara,” tambahnya.

Tanpa membuang masa, Syakir dan rakannya menghantar lelaki tua itu ke balai polis berdekatan dengan menaiki kereta manakala salah seorang daripada mereka menunggang motor yang rosak.

Video menyentuh hati berdurasi 1 minit 12 saat itu telah meraih lebih 600,000 tontonan dan ribuan komen daripada warga maya menghargai tindakan pemuda yang telah menolong lelaki tersebut.



Difahamkan, warga emas itu telah selamat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sumber: TikTok @syakirbelon4.0 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post