Noh selamat bergelar suami kepada Fatin pada pagi Sabtu.
PENYANYI Noh Salleh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa pada pagi Sabtu.
Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama isteri duduk di atas pelamin selepas upacara pernikahan selesai.
Kedua-dua pasangan mempelai tampil dengan persalinan berona putih rekaan pereka fesyen, Fidae.
Pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan di Tanjung Malim, Perak.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.
Sementara itu, Noh dilihat turut berkongsi semula beberapa ucapan tahniah buatnya yang kini kembali bergelar suami di Instastory.
Kisah Noh dan Fatin, 30, yang juga seorang peguam mula menjadi perhatian selepas foto mereka melangsngkan pertunangan pada 7 Mei lalu tersebar di media sosial.
Tidak mengiya atau menafikan perkara itu, Noh bagaimanapun mula memperkenalkan Fatin sebagai tunangnya ketika tampil membuat persembahan di sebuah acara pada 17 September lalu.
Dia juga pernah berkongsi gambar persalinan baju pengantin sebagai tanda menjelang hari bahagia mereka.
Untuk rekod, Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.