Majlis pertunangan adalah sebuah langkah permulaan untuk mencipta kebahagian sebelum berkahwin. Kini, masyarakat lebih menyukai konsep simple dan murah apabila membuat sebarang majlis terutama majlis pertunangan. Situasi ini terjadi pada sebuah pasangan lelaki dan perempuan yang berhajat untuk mengikat tali pertunangan tapi mengekalkan konsep untuk berjimat, klasik, dan cantik.
Tak payah susah-susah nak tempah… kita buat je pelamin sendiri…
Menerusi rakaman Tiktok notmedoh_ yang dikenali sebagai Ainul telah memuat naik detik persiapan untuk membina sebuah pelamin bersama bakal tunangnya dan mendapat perhatian netizen. Katanya, pelamin tersebut hanya mengeluarkan modal untuk membeli kayu di hardware, bunga dan kipas sebagai aksesori untuk menjadikannya kelihatan lebih cantik dan menarik. Dia juga tidak menyangka video yang dikongsi mencecah jutaan tontonan secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada bakal pasangan yang hendak bertunang di luar sana.
“Pelamin bajet RM60 je you…”
Menurutnya, pelamin yang dibina hanya mengeluarkan bajet sebanyak RM60 dengan menggunakan kayu untuk membentuk rangka di bahagian tirai pelamin tersebut. Pasangan ini kelihatan kreatif dalam mencipta rangka tirai pelamin atas usaha mereka berdua dengan berbekalkan gergaji tangan untuk memotong. Selain itu, mereka juga menggunakan barangan yang ada di rumah seperti kain batik, kain langsir, dan kerusi untuk menjimatkan kos.
@notmedoh_ pelamin bajet rm60 je you 🤪 #fyp #foryoupage #pelamin #tunang ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) - Ghea Indrawari
“Simple but nice gila… kreatifnya…”
Perkongsian rakaman ini telah meraih tontonan lebih 12 juta tontonan di TikTok dan sekali gus mencetuskan pelbagai komen daripada netizen. Perkongsian terhadap pelamin bajet RM60 seakan tidak masuk akal bagi netizen kerana ia kelihatan cantik tapi murah. Namun begitu, rata-rata netizen mengeluarkan komen yang positif terhadap usaha pasangan ini.
KREDIT : TikTok notmedoh_ / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.