Menjadi seorang penghantar makanan bermotosikal bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai ragam pelanggan terpaksa dihadapi demi mencari sesuap nasi.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai fatinafifahzaid yang memuat naik video suaminya sedang dalam keadaan duduk sambil memakan kek yang tidak diterima pelanggan hanya disebabkan berlaku sedikit kerosakan.
Customer minta bayar ganti rugi
Ujar fatinafifahzaid, suaminya sedaya upaya membawa motosikal dengan berhati-hati supaya kek yang dipesan melalui aplikasi online tidak mengalami kerosakan namun ada sedikit comot sehingga pelanggan meminta untuk membayar ganti rugi.
@fatinafifahzaid in syaa Allah bila kita sabar pasti ada hikmah sebalik smua kjadian , semoga semua yg tgk vdeo ni dipermudahkan sgala urusan hdup dan dimurahkan rezki 🤲🥰#grabfood #grabrider #sabarituindah ♬ original sound - MVM Music
Suami duduk di lantai habiskan kek
Apa yang membuatkan pengguna TikTok itu sebak adalah momen suaminya duduk di lantai rumah mereka dan menghabiskan kek yang tolak oleh pelanggan kerana tidak mahu membazir memandangkan perlu mengeluarkan duit sendiri untuk menggantikan harga kek tersebut.
Namun begitu, mereka reda dengan apa yang telah berlaku dan menganggap mungkin rezeki mereka adalah dapat merasa kek mahal pada hari berkenaan walaupun perlu membayar ganti rugi kepada pelanggan.
Patut tahu la risiko kalau ke tu dibawa naik motor
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasa kasihan dengan rider berkenaan kerana perlu berhadapan dengan pelanggan yang tidak bertolak ansur.
Ada juga diantara mereka memahami situasi tersebut kerana pernah mengalami perkara yang sama termasuklah menyalahkan pelanggan berkenaan kerana tidak menukar penghantaran kepada penghantaran menggunakan kereta jika takut kek yang dibawa mengalami kerosakan.
Sumber: TikTok fatinafifahzaid / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.