Rambut Tersepit Sikat Sampai Panggil Bomba, Ibu Kongsi Pengalaman Besarkan Anak


Pengalaman seorang ibu membesarkan anak-anak memang penuh dengan cabaran tapi terselit juga kebahagian apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat. Sama seperti kisah seorang anak kecil ini di mana ibunya telah merakam detik lucu terpaksa meminta bantuan anggota bomba kerana rambut anak tersepit sikat dan tidak boleh leraikan.

Tak pernah lagi umur sebaya adik pergi balai bomba sebab rambut tersekat sikat…

Menerusi perkongsian Hakimah Zakir, 31, di aplikasi TikTok yang memaparkan sepasukan anggota bomba sedang membantu meleraikan sikat yang tersekat pada rambut anaknya, Nur Maryam Medina telah mendapat perhatian daripada warga netizen. Pada mulanya, ibu kepada anak kecil ini berhasrat untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya sambil mempersiapkan anak untuk keluar berjalan. Ketika ibunya menyikat rambut, tiba-tiba rambut anak perempuan yang kelihatan kerinting itu menjadi kusut dan sukar untuk menyikat. Kemudian, dia bergegas mencari minyak rambut untuk meluruskan semula kekusutan.

Satu jam ibu cuba nak leraikan tapi tak berjaya juga…

Situasi menjadi lebih teruk apabila anak perempuannya berusaha untuk memperbetulkan rambutnya sementara ibu keluar mengambil minyak rambut. Ibunya yang baru masuk ke bilik terkejut melihat Medina sikat sambil mengulung rambutnya. Ibu yang kelihatan gelisah kerana tidak menyangka rambut yang sukar sikat kini tersekat dengan gulungan sikat itu menadi lebih teruk. Katanya, dia yang tadinya tenang tiba-tiba ingin menangis apabila melihat sikat semakin sukar dileraikan daripada rambut anak. Malah, ibunya juga bertindak untuk mengunting sikat yang tersekat pada rambut disebabkan gelisah rambut kusut itu tergulung hingga tertarik pada kulit kepala.

Sorang-sorang abang bomba ni cuba leraikan rambut adik ni…

Ibunya yang buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah anaknya, terus segera datang ke balai bomba berdekatan dan meminta bantuan daripada pihak bomba. Katanya, bomba sempat meleraikan kekusatan rambut pada sikat anaknya tidak melebih 15 minit tanpa mengunting sikat itu dan menggunakan sebarang peralatan tambahan. Selepas masalah itu diselesaikan, dia yang padanya mulanya malu untuk datang ke balai berasa sangat bersyukur rambut anaknya dapat diselamatkan tanpa digunting. Tambahan pula, ibunya enggan menggunting rambut Medina kerana dia mempunyai rambut kerinting yang sangat cantik padanya.


@lawanahq

Entah siapalah yang salah… Tak pernah umur masuk Balai Bomba mintak bantuan abang bomba, alahai anakku 😅😂 Boleh teka tak salah siapa.. Mommy ke Medina? Al-kisah, main salon salon dengan mommy, dia baru lepas mandi, rambut basah, kitorang nak keluar lepas tu. Jadinya mommy pun aa jomla main salon salon. Mommy pun amik la hair dryer and ready la nak main. Mommy sikat rambut dia baru halfway je— rambutnya curl jadi kusut la kan. Mommy pun cakap la “Medina tunggu jap ea mommy nak amik hair oil dalam bilik” … Mommy pun masuk bilik nak amik hair oil, sekali bila keluar mommy tengok dia tengah berusaha nak sikat sambil gulung rambutnya. Makanyaaaa terjadilah kejadian…. Mommy panic gila sampai rasa nak nangis, sebab risau rambut dia kena gunting. SEBAB BANYAK OI YANG TERGULUNG TU SAMPAI KE KULIT KEPALA! Dekat sejam mommy try rungkai rambut dia tu, siap gunting sikatnya tapi tak berjaya. Dah fikir, kalau g salon ni confirm salon gunting rambut dia ni. Huaa mommy sayang rambut curl dia 😭 Sebab yang tergulung tu banyak gila, kalau nak potong rambutnya memang jadi botak sebahagian 🥲 Nak mintak tolong suami, suami kerja, tengah meeting pulak. Fikir punya fikir, macam nak mintak bantuan bomba. Maybe diorang boleh tolong potongkan lagi sikat tu. Sebab sikat tu keras gila. Luka luka tangan mommy jadi nya Tapi macam malu… Tapi.. nak malu mintak bantuan bomba ke…. Atau rambut Medina kena gunting. Haa sudahnya tak sampai 15 min settle bomba selesaikan. Tamba gunting pun sikat tu, tanpa pakai apa apa pun. Aaaa lega! Mommy fobiaaaa oiiiii. Tebal muka mommy datang Balai Bomba sebab rambut tersekat kat sikat 🫣🤣

♬ original sound - LawanaHQ

KREDIT : Twitter Buletin TV3, TikTok lawanahq / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post