“Rasa keras semacam!” - Pelanggan hulur wang kertas RM50, desak nak baki segera... Mujur peniaga nasi bajet kenal duit palsu


Shima berniaga nasi bajet di Kota Damansara.

PENDAPATAN harian seorang peniaga ada pasang dan surutnya terutama mereka yang menjual di kaki lima mahupun bahu jalan.

Lebih membebankan apabila keadaan cuaca yang tidak menentu turut memberi kesan kepada sumber pendapatan.

Meskipun sentiasa bersedia menghadapi risiko seumpama itu, mereka juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penipuan atau scammer.

Contoh duit palsu bernilai RM100. -Gambar hiasanThe Star

Seperti yang dialami wanita ini, dia yang menjual nasi berlauk dengan harga 'bajet' hampir menjadi mangsa penipuan seorang pelanggan yang menggunakan duit palsu sebagai transaksi bayaran.

Dia yang dikenali sebagai Nurul Shima turut memaklumkan bahawa kepingan wang kertas bernilai RM50 yang diterima sedikit keras berbanding duit asli.

"Hampir kena tipu dengan duit palsu RM50. Kuasa Allah yang detikkan hati saya nak tengok bayang duit kertas tadi selepas saya pegang rasa keras semacam.

"Dia beli dua bungkus, RM7. Maknanya baki RM43. Patut dia nak cepat duit baki tu," ciapnya.

Bukan sahaja mendesak dipulangkan wang baki dengan segera, individu tersebut juga mengelak ketika diminta membuat transaksi bayaran menggunakan kod QR.

Tindakannya yang pelik membuatkan Nurul Shima semakin yakin bahawa duit yang diperolehnya itu adalah palsu.

Saya teringat seorang budak yang cuba tipu mak saya macam ni... dia cakap nak 'pecahkan' duit.

WARGA MAYA

"Apabila dia kantoi, saya bagi percuma sahaja nasi tadi. Tak nak panjangkan cerita, dah pesan jangan aniaya orang lain terutama bab makanan," tambahnya yang turut menasihati peniaga supaya berhati-hati.

Menurutnya lagi, disebabkan situasi yang berlaku itu spontan, dia memulangkan semula wang palsu itu kepada pelanggan terbabit.

Tambahan pula terdapat pelanggan lain yang datang pada masa sama.

Antara reaksi warga maya di ruangan komennya.

"Saya pulangkan semula pada dia, tak terfikir nak simpan. Otak tak berfungsi dengan sempurna sebab kejadian spontan dan kebetulan ada pelanggan lain singgah," katanya lagi.

Memperincikan duit palsu yang diterima, dia menyatakan ia lebih keras berbanding duit asli selain tidak mempunyai bayang atau imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong pertama apabila dihalakan pada cahaya.

Pun begitu, wanita ini tidak menafikan duit palsu sukar dikesan jika dilihat dengan mata kasar.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang mengandaikan individu tersebut bukan mahu membeli nasi sebaliknya ingin mendapatkan baki duit asli.

Menjengah ke ruangan komen, seorang peniaga turut berkongsi pengalaman sama dengan wanita terbabit.

"Saya pernah kena, beli dua bungkus nasi RM10. Pelanggan hulur RM100, saya bagi baki RM90 tapi kemudian dia cakap tak jadi dan pulangkan semula nasi. Saya pulangkan semula duit kertas yang diberi dan dia cepat-cepat beredar.

"Saya teringat seorang budak yang cuba tipu mak saya macam ni... dia cakap nak 'pecahkan' duit. Mujur saya ada situ, pegang duit macam keras dan tak ada bayang.

"Seeloknya peniaga tak kira kecil besar, restoran atau gerai mahu pun penjaja... elok guna kod QR atau e-wallet sahaja.

"Baru-baru ni kes kat Kuantan, Pahang. Harga RM7 tapi dia bayar RM100... kesian peniaga rugi RM93 macam tu saja," ujar warga maya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post