Tular beberapa video dan foto di media sosial jelas memaparkan suasana di Bukit Bintang bergema dengan alunan selawat dan pujian kepada Rasullah SAW pada Rabu lalu.
Difahamkam, puluhan ribu pengunjung membanjiri di sekitar kawasan Bukit Bintang bersempena dengan malam sambutan Maulidur Rasul.
Bukit Bintang berselawat
Ia dapat dilihat dengan jelas di mana Bukit Bintang berselawat berserta perarakan Maulid di lapan lokasi sekitar sebelum berarak ke dataran Pavilion untuk acara utama.
Perarakan Maulid Bukit Bintang itu merupakan anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Rumah Cahaya yang dikendalikan Walid Ibrahim Al Malik.
“Salam Maulidur Rasul. Terima kasih Pavilion Bukit Bintang atas kenangan indah pada malam ini (Rabu).
“Tak sangka ramai datang Pavilion malam in (Rabu). Banjir (ramai pengunjung),”tulis Rumah Cahaya di platform TikTok.
@rumahcahayasenusantara Salam Maulidur Rasul.. Thanks Pavilion Bukit Bintang atas kenangan indah malam ini 🌹 #bukitbintangberselawat ♬ original sound - RUMAH CAHAYA
Zahir cinta, selawat kepada Rasullah SAW
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook Akademi Al-Ghazali, pihaknya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Walid Ibrahim atas setusan idea menghimpunkan orang ramai.
“Alhamdulillah, Bukit Bintang berselawat ini cetusan dari Walid Ibahim Al Malik yang menghimpunkan ratusan ke ribuan orang. Sungguh terasa bahang kegembiraan juga kasih sayang di antara semua yang hadir. MasyaAllah.
“Sempena bulan kelahiran Rasullah SAW, ayuh zahirkan cinta dan kegembiraan kita dengan berselawat kepada kekasih-Nya iaitu Baginda Rasullah SAW serta menggembirakan semua orang yang ada di sekeliling kita,”tulisnya.
Beri bunga mawar kepada setiap pengunjung
Antara yang menarik perhatian di dalam himpunan tersebut adalah setiap pengunjung yang hadir akan diberikan bunga mawar merah.
Katanya, bunga mawar tersebut diberi sebagai tanda cinta dan gembira bersempena kelahiran Rasullah SWT.
“Kuntuman mawar diberikan kepada semua yang hadir sebagai tanda cinta dan kegembiraan sempena kelahiran Rasulullah SAW. Di segenap laluan, kamu berikan bunga mawar kepada warga asing dan orang-orang tua.
“Harapan semoga kuntuman mawar yang diterima dapat menerbitkan rasa dicintai. Sepertimana Rasulullah mencintai umatnya tanpa mengira apa keadaan sekali pun,” jelas Rumah Cahaya.
@cik_siti_ #maulidnabi #selawat #walidibrahimalmalik #thankyoubukitbintang #thankyoupavilion #thankyoupavilion #pavilionkl #fyp #fypシ゚viral #bukitbintang #bukitbintangberselawat ♬ original sound - Cik Siti 🌹
Alhamdulillah, syukur…
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur kerana himpunan tersebut diadakan di Bukit Bintang selain berharap ia boleh menyemarakkan lagi rasa sayang kepada Nabi Muhammad selain menyatupadukan umat Islam.
Bukit Bintang selawat, harap jaga batas pergaulan
Sementara itu, ada juga warganet menzahirkan sedih apabila melihat golongan lelaki dan perempuan bersesak antara satu sama lain termasuklah berlaga bahu.
Sekadar info, ribuan rakyat Malaysia dan pelancong asing menyertai program selawat ini juga kekal sohor sehingga ke hari ini dengan tanda pagar #BukitBintangBerselawat
Sumber: FB Aedhy Adha Abd Farid , Ummu Naielah, TikTok @rumahcahaysenusantara, / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.