Selesa Dengan Imej Botak, Chef Wan Anggap Botak Itu Menawan



Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan yang kini mengalami masalah kesihatan (limfoma) lebih selesa dengan penampilannya sekarang ini dan menyifatkan sebagai ‘menawan’. Ini disebabkan penampilannya kini sama seperti dua selebriti Hollywood.

Tak nak tipu diri sendiri

Menerusi hantaran di Instagram _chefwan58, dia meluahkan rasa untuk tidak mahu menjadi orang lain dan tidak mahu untuk menipu diri sendiri dengan memakai rambut palsu semata-mata untuk kelihatan gembira dan tersenyum ceria.

Botak itu menawan

Menurutnya, apabila dia melihat dua foto selebriti terkenal Hollywood iaitu Vin Desel dan The Rock, dia merasakan bahawa berimej botak masih lagi kelihatan menawan. Oleh itu, Chef Wan berpendapat bahawa jika dia meneruskan penampilannya seperti ini, dia juga turut kelihatan menawan seperti dua selebriti itu. Tambahnya lagi, dia sebenarnya yakin sahaja untuk berjalan keluar dengan imej begini tanpa mengendahkan tanggapan atau fikiran orang lain. Lama kelamaan orang akan terima imej kepalanya seperti itu.

Kesihatan sudah beransur pulih

Selain itu, dia ada memaklumkan pada kapsyen hantaran posting Instagramnya itu bahawa Doktor telah memberitahu tentang pemeriksaan kesihatan Chef Wan berada pada tahap yang baik dan dia dibenarkan untuk pulang ke rumah sejak semalam selepas selesai rawatan kemoterapi yang ke-5.

Kata-kata semangat peminat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan komen yang berbentuk kata-kata semangat untuk Chef Wan yang sedang berjuang melawan limfoma itu.

KREDIT : Harian Metro & Instagram _chefwan58 / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post