Pelakon senior, Jasmin Hamid menyatakan dirinya bangga kerana masih pakai kereta Wira ‘lama’ meskipun bergelar seorang selebriti.
Dipandang hina, Jasmin Hamid bangga pakai kereta Wira ‘lama’
Menerusi hantaran di laman Instagram, Jasmin Hamid menyatakan dia rasa bangga kerana masih ‘pakai’ kereta Proton Wira lama.
Ia berikutan dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin kerana membawa ‘Bobob’ (nama manja kereta) selepas ia kembali dan dibawa berjalan.
Dalam hantaran tersebut, Jasmin Hamid dilihat gembira menaiki Bobob sambil menemani suaminya, Nazmir Abd Rahim memandu kereta Wira lama itu.
“Alhamdulillah, my FELARI (kereta Wira) dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nama dia Bobob, kamu semua.
“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget (hina dan rendah) pada saya.
“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?” Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar,”luahnya.
Haram ke pakai Wira lama?
Tindakan tersebut membuatkan anak jati Jengka, Pahang tertanya-tanya sama ada memakai kereta lama itu menjadi satu kesalahan terutama di kalangan selebriti.
Jasmin berkata, dirinya tiada masalah untuk menaiki Bobob kerana ia mempunyai nilai yang amat bernilai dalam hidupnya.
“Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okey sahaja pakai Wira lama. Kenapa pula awak nak rasa alergi? Biarlah, Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya.
“Bobob ada nilai ‘sentimental’ pada saya,”ujar Jasmin.
Kereta mewah tak melambangkan kekayaan
Rata-rata warganet juga sependapat dengan aktres tersebut dengan mengatakan memiliki kenderaan mewah bukanlah melambangkan kekayaan seseorang.
Tidak kurang juga ada warganet mengatakan kereta Wira versi itu jauh lebih baik kerana ia selesa dinaiki ke mana-mana sahaja.
Sumber: IG Jasmin Hamid / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.