Sebagai seorang anak, sudah semestinya kita memiliki impian untuk membanggakan ibu dan ayah. Namun begitu, tiada apa yang lebih menyedihkan bagi seorang anak yang dapat meraih kejayaan tatkala orang tua sudah pergi menghadap Ilahi. Itulah kesedihan yang tergambar dalam sebuah video viral ini.
Menghadiri majlis tamat latihan perajurit si bongsu
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok milik Tinie Padil II, dia dan 5 orang lagi adik beradiknya bersama-sama menghadiri majlis penutupan dan penamatan perajurit adik bongsunya. Pada awal video itu, dia memberikan sebuah hadiah istimewa kepada adiknya. Dia juga menyatakan bahawa perasaannya pada ketika itu menjadi gugup sehingga mulut tidak terkata untuk memberikan hadiah itu.
Hadiah untuk adik
Ketika adiknya mengoyakkan bahagian kecil hadiah itu, air mukanya kelihatan terkejut dan berubah. Ternyata hadiah itu merupakan potret ibunya yang sudah tiada.
@tiniepadil_makeupbridal maafkan akak dan adik beradik yg lain akk xsangka suprise kami boleh jadi sampai mcm ni😭 . . #passingout #tlpm197 #passingout197 #intake197 #siri197 #viralfyp #armylife #tlpm48wanita #pusasda #siblinggoals #tenteradaratmalaysia #askarmalaysia #tamatlatihanperajuritmudalelaki #tamatlatihantenteradarat #viralkini #tiktoksad #gerakkhas #perajuritmuda #perajuritmudatenteradarat #lorenghijau #familygoals #brothersister #budakaskar #rekruttentera #soundviral #alfatihahmak #arwah #fypp #masukberanda #foryou #malamakrab #seo #seoviral #lisa #suprisegambar #framearwah #pranksad ♬ original sound - Tinie Padil II
Tangisan kerinduan seorang anak
Reaksi perajurit itu membuatkan ayah dan 5 orang lagi adik beradiknya menjadi sebak hingga dihujani air mata. Tambahan lagi, menurut akaun milik Tinie, seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ayahnya menangis seperti itu.
“Kami tahu Dayat kuat, Dayat dah sampai sini kami tahu Dayat kuat”
Adiknya tidak dapat menahan perasaan sedih yang menimpa dirinya. Dia kelihatan tidak mampu untuk berdiri dan hampir longlai apabila melihat gambar itu. Syukur abang dan kakaknya memapah dan memegang badan agar tidak tersungkur. Ayahnya juga tidak mampu berkata apa-apa selain air mata yang mengalir melihat anak bongsunya seperti itu.
“Mak cuma tak sempat tengok Dayat”
Abang dan kakaknya turut membantu menenangkan adiknya yang cuba untuk kuat menghadapi situasi tersebut. Kakaknya juga berkata, ibu mereka tahu anaknya akan berjaya cuma ibunya tidak sempat untuk melihat semua itu. 6 bulan yang dilalui menjadi sedih apabila tiada insan yang bergelar ibu melihat anaknya berjaya menamatkan latihan. Oleh itu, hargailah masa dan pengorbanan ibu ayah ketika mereka masih bersama kita.
@tiniepadil_makeupbridal 1 kejayaan terbalas selama 6 bulan disini, penat lelah, pahit manis, sakit bangun kamu buat utk kami. Tahniah intake 197 ! . . #passingout #tlpm197 #passingout197 #intake197 #siri197 #viralfyp #armylife #tlpm48wanita #pusasda #siblinggoals #tenteradaratmalaysia #askarmalaysia #tamatlatihanperajuritmudalelaki #tamatlatihantenteradarat #viralkini #tiktoksad #gerakkhas #perajuritmuda #perajuritmudatenteradarat #lorenghijau #familygoals #brothersister #budakaskar #rekruttentera #soundviral ♬ original sound - Tinie Padil II
KREDIT : TikTok Tinie Padil II / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.