Teman Lelaki Tangkapkan Gambar Tapi Hasilnya Tak Cantik, Gadis Merajuk & Nangis


Golongan Hawa dan selfie memang tidak dapat dipisahkan. Bayangkan jika pergi bercuti pun, mereka ini sanggup memakai baju vogue semata-mata mahu mengambil 1001 gambar atau video cantik untuk dimuat naik ke media sosial. Di mata lelaki, semua ini mungkin nampak leceh dan tak penting. Namun begitulah bentuk kepuasan seorang wanita untuk mencipta banyak kenangan, kan?

Teman wanita nangis di tengah-tengah ladang teh

Baru-baru ini di TikTok, seorang lelaki sempat berkongsikan kejadian lucu saat dia pergi makan angin dengan teman wanitanya. Berlokasi di sebuah ladang teh, gadis berbaju biru itu dilihat sedang merajuk dalam keadaan mencangkung difahamkan gara-gara gambar yang ditangkap oleh teman lelakinya tidak memuaskan hati.


@muhammadhamdin

debut foto🗿

♬ suara asli - IG : rizky_pratamaa06


Teman lelaki snap gambar ketika mata terpejam & awek tidak bersedia

Meskipun sudah dipujuk, dia yang masih kecewa terus menuruni ladang berkenaan dengan langkah yang cukup laju. Apa sahaja yang dicakapkan oleh lelaki itu, semua tidak dilayan. Di hujung video, pemilik video TikTok itu sempat berkongsikan hasil gambar tadi. Patutlah sampai merajuk teman wanitanya, lihat sahaja foto di bawah ini.

@muhammadhamdin Membalas @Seryn23 ♬ suara asli - IG : rizky_pratamaa06


Aku dapat rasa kekesalan kau kak…Kalau pakwe tak reti ambil gambar, selalu bawa tripod

Meraih 1.5 juta tontonan, netizen amat terhibur dengan gelagat pasangan muda itu. Tanpa disangka-sangka, rupanya ramai perempuan alami situasi sama. Ini membuatkan mereka lebih rela membawa tripod demi mendapatkan hasil gambar terbaik sendiri.

KREDIT : TikTok MuhammadHamdin / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post