Tahukah anda seawal usia 2-3 bulan, ia adalah waktu paling sesuai untuk melatih anak anda lakukan Tummy Time iaitu meniarap? Tujuannya adalah untuk menguatkan otot bayi terutamanya bahagian leher dan bahu mereka. Aktiviti ini sekaligus akan meransang perkembangan skill motor dan meningkatkan kekuatan si manja untuk fasa-fasa merangkak, duduk atau berjalan nanti.
Bila mana si ayah tunjukkan cara meniarap…Hassan, tengok ayak, duduk macam ni hiyyyyahhh
Baru-baru di Facebook, video seorang ayah mengajar anaknya meniarap telah meraih hampir 6 juta tontonan. Dapat dilihat pengguna FB Nang LiveStyle Official meletakkan anaknya, Baby Hassan di atas katil sambil menunjukkan cara untuk berguling dan meniarap.
1…2…3…hoooop! Hiyaaaaah…Ikut macam ayah tadi…Angkat punggung…Hassan boleh
Meskipun Hassan baru berusia 2 bulan 20 hari, bayi ini seakan-akan faham dengan gerak-geri yang ditunjukkan oleh ayahnya. Sedikit demi sedikit, si comel itu mula meniru perbuatan ayahnya dengan cukup bersungguh-sungguh. Adegan lucu keluarga itu turut diselangi dengan gelak tawa ibunya yang sedang merakam.
Tengok ayah betul-betul…Macam nak berak dah ayah…Hassan, go! Ayah tahu Hassan boleh
Siapa sangka demonstrasi daripada ayahnya yang nampak kelakar itu rupanya membuahkan hasil. Akhirnya, Baby Hassan berjaga meniarap dengan sendirinya setelah beberapa kali percubaan. Katanya, itu adalah kali ketiga (dalam sehari) percubaan mengajar Hassan Tummy Time.
KREDIT : Facebook Nang Livestyle Official / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.