Perempuan yang suka kepada budak-budak biasanya tiada masalah untuk beradaptasi dengan kehidupan sebagai ibu setelah bersalin nanti. Malangnya bagi wanita dari Thailand bernama Pranaiya Oulapathorn ini, siapa sangka kehadiran anak pertamanya, Arthur malah memberinya pengakhiran hidup yang cukup menyayat hati.
Saluran susu Pranaiya tersumbat…Susu badan tidak begitu banyak…Pranaiya mula alami anxiety
Awalnya, Pranaiya dan suaminya, Hamish Magoffin dikatakan memang cukup teruja menyambut kehadiran anak sulung mereka. Namun beberapa bulan kemudian, Paraniaya mula bergelut dengan masalah kekurangan susu badan sehingga dia terpaksa berusaha keras mengepam dengan lebih kerap bagi memastikan bekalan susu Arthur mencukupi. Mereka sudah cuba menggantikan dengan susu formula, namun cara itu tidak menyelesaikan masalah kekurangan susu buat Arthur.
Pranaiya mula mendengar bunyi bising di telinga…Mula benci anak sendiri
Selain stres, Pranaiya mula mengalami episod imsomnia (susah tidur) serta Tinitus (bunyi bising & berdesing di telinga). Lama kelamaan, tahap emosinya semakin teruk di mana dia kerap berkata mahu menghilang dari dunia ini dan mahu hidup berdua saja dengan suami tanpa Arthur di sisi. Dalam erti kata lain, Pranaiya sudah mempunyai rasa benci kepada bayinya sendiri. Sedar ada sesuatu yang tidak kena dalam dirinya, Pranaiya bersetuju untuk bertemu pakar kaunseling dan terapi profesional demi melawan masalah itu.
Selepas dimasukkan ke pusat rawatan mental, keadaan semakin baik
Doktor kemudiannya mengesahkan Pranaiya sedang mengalami High Anxiety dan Mild Depression. Walaupun sudah diberikan ubat, keadaan ibu ini masih tidak pulih sehingga dia lebih banyak mengurung diri dalam bilik dan tak berdaya melakukan apa-apa. Ketika itu, Arthur sudah diserahkan kepada saudara lain untuk dijaga buat sementara waktu. Kerana kesihatannya kian merosot, doktor menyarankan Pranaiya dimasukkan ke pusat rawatan mental pula untuk rawatan lanjut. Syukurlah selepas 2 minggu dipantau secara berkala, keadaan wanita ini semakin baik.
Pranaiya dapat terima semula kewujudan Arthur…Dilihat ketawa ketika bermain di pantai
Sinar kebahagiaan keluarga kecil ini dilihat semakin cerah kembali. Selepas beberapa siri rawatan, Hamish membawa isterinya ke sebuah pantai untuk bersiar-siar. Beberapa hari kemudian, Hamish membawa pula Arthur ke sana dan paling mengharukan, Pranaiya dilihat sangat gembira ketika menghabiskan waktu bersama. Di sini, mereka semua menganggap keceriaan seorang Pranaiya akan kembali semula.
Pranaiya tamatkan hayat diri & Arthur dalam rumah mereka
Akhirnya, mereka kembali semula ke rumah dan bersedia membuka buku baru. Perasaan anxiety itu masih dirasai, namun Pranaiya dilihat beradaptasi dengan baik. Mood sehariannya juga nampak baik-baik sahaja. Menjelang ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10, pasangan ini sudah aturkan sebuah acara makan malam istimewa. Pada hari tersebut, Hamish sedang bersiap dan apabila dia keluar dari bilik air, hatinya remuk kerana Pranaiya dikatakan sudah menamatkan hayatnya bersama Arthur. Isteri yang disangka sudah sihat daripada masalah Postpartum Depression rupanya dalam diam masih menderita sampai ke nafas yang terakhir.
KREDIT : Portal CNN / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.