[VIDEO] Anak Kedua Baru Umur 3 Bulan, Suami Tertekan Isteri Beritahu Hamil Lagi


Bercakap soal menambah zuriat, bukan semua suami isteri bersedia dengan pilihan kehamilan jarak dekat. Selain kesihatan dalaman isteri, persiapan emosi dan kewangan oleh suami juga harus difikirkan dalam-dalam. Namun jika tetap direzekikan oleh Tuhan, siapalah kita hendak menolak benda baik, kan?

Itu apa??? Astaghfirullah yunk, Astaghfirullah Ya Allah…Aku bukan tak syukur tapi…

Baru-baru ini di TikTok, seorang wanita bernama Jessica Olivia Ngu sempat menunjukkan alat pregnanct test kepada suaminya yang sedang menjaga anak kedua mereka dalam bilik tidur. Apabila melihat alat tersebut, wajah lelaki itu yang awalnya ceria mula bertukar cuak. Difahamkan, bayi comel atas katil itu baru sahaja berusia 3 bulan.

Kenapa kamu “Astaghfirullah” & bukan “Alhamdulillah”…Jadi emosi lihat reaksi suami

Saat mengetahui dirinya bakal menimang anak ketiga di saat 2 anak lain masih kecil-kecil umurnya, si suami tidak dapat menyembunyikan tekanan yang sedang dirasai. Lebih lucu lagi, lelaki berkenaan sampai sesak nafas dan berkali-kali berzikir seakan sukar menerima berita itu.

Rupanya semua itu hanyalah prank, namun si isteri pula yang merajuk kerana tidak menyangka suaminya akan memberikan respon sebegitu.


@jscaolivia Jadi emosi liat reaksi nya betol 🤬🤯 #prank #pranksuami #couplecomedy #reaksi #fyf #fyp #fypシ゚viral ♬ Backsound Lucu - Faid rafanda

Sapa yang prank, sapa yang merajuk…Mak-mak memang tak pernah salah

Meraih hampir setengah juta tontonan, netizen akui terhibur dengan kepanikan lelaki itu. Sementara itu, ada juga yang berkongsikan pengalaman suami mereka memberikan reaksi sama.

KREDIT : TikTok Jessica Olivia Ngu / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post