[VIDEO] Kieda Crepe Tak Percaya Nazar Nak Bawa Keluarga Tunai Umrah Dimakbulkan – ‘Dah Selesai Bayar Deposit RM12,000’


Usahawan dessert dari Pulau Pinang, Kieda Crepe bersyukur apabila nazar untuk membawa suami dan ahli keluarga ke Tanah Suci Makkah akhirnya tercapai.

Umrah pada bulan 12
@kiedacrepepenang Allah Maha Memberi , Allah maha Baik😭 #kiedacrepe #kiedacrepetour ♬ Allahumma Labaik - Sabyan

Menerusi hantaran di TikTok, Kieda menyatakan dia dan keluarga bakal menunaikan ibadah umrah pada bulan Disember ini.

Dalam video yang dikongsikan, Kieda menunjukkan bukti pembayaran deposit yang sudah dibayar kepada agensi sebanyak RM12,000.

Akui Kieda, dia seakan tidak percaya apabila doanya telah dimakbulkan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah. Nazar pertama Kieda bila berjaya nak bawa semua ahli keluarga dan suami ke umrah.. Allah makbulkan. Dah selesai bayar deposit untuk keluarga yang akan sertai Kieda ke umrah pada bulan 12 ini.

Macam tak percaya diri ini yang selalu terima ujian yang luar biasa, selalu kena hina, kena doa buruk-buruk tu Allah makbulkan. Apa yang saya niatkan, terima kasih Ya Allah.

Sesungguhnya betullah rezeki kita, apa benda pun semua Allah yang tentukan.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Khalieda Yusra memberitahu bulan Disember ini juga adalah ulang tahun kelahirannya di samping ibunya juga tamat tempoh iddah.

Sebelum abah meninggal, pernah cakap nak bawa dia pergi umrah tapi tak sempat. Bulan 12 ini ulang tahun kelahiran Kieda dan mama juga habis iddah. Doakan urusan kami dipermudahkan.

Sumber: Tiktok / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post