2 bulan sukar berjalan sampai tidur menonggeng, Zila Bakarin rupanya derita slip disc


 Zila menghadapi Slip Disc

PELAKON Zila Bakarin selamat menjalani pembedahan bagi merawat penyakit slip disc yang dihadapinya di sebuah hospital swasta pada Isnin.

Zila, 48, memberitahu selama dua bulan dia menanggung kesakitan selain kaki bahagian kiri tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyukarkan dia bergerak.

Kata Zila, doktor mengesahkan dia mengalami masalah itu selepas membuat pemeriksaan di hospital pada 5 Oktober lalu.

Suami Zila, Azri Azhar banyak membantunya ketika sakit.

“Sudah dua bulan saya tak boleh bergerak sebab kaki kiri sakit sangat... Saya pula hanya bergantung kepada ubat dan tak tahu sakit apa.

“Ketika buat pemeriksaan doktor sahkan slip disc dan nampak tulang macam terkeluar yang memberi kesan kepada saraf di bahagian kaki kiri.

“Alhamdulillah saya selesai menjalani pembedahan semalam (Isnin) bagi merawat masalah saraf itu,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Zila berkata, sepanjang tempoh dua bulan dia bergantung kepada bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan tidak boleh berdiri lama.

Malah kata Zila, duduk terlalu lama turut memberi masalah apabila ia menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.

“Memang tak boleh bergerak. Tak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan sakit.

"Kalau tidur pun saya akan mengiringkan badan ke bahagian kanan ataupun menonggeng untuk berasa selesa," ujarnya.

Memang tak boleh bergerak. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan sakit.

ZILA BAKARIN

PELAKON

Ditanya mengenai perkembangan terkini selepas pembedahan, Zila berkata keadaannya semakin bertambah baik.

"Pagi tadi saya cuba bangun, Alhamdulillah okay. Insya-Allag dalam dua atau tiga hari ini boleh pulih sedikit demi sedikit," katanya.

Zila turut memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta yang masih belum selesai.

Zila ralat kerana tidak dapat meneruskan sesi penggambaran.

Pelakon ini turut meluahkan rasa terharu apabila pihak produksi sanggup menyusun semula jadual penggambaran bagi membolehkan dia menjalani pembedahan.

“Krew menjadi saksi kesakitan yang saya tanggung dan mereka juga minta saya ke hospital.

“Malah sanggup menyusun semula jadual penggambaran... Menitik air mata saya sebab terharu dengan kebaikan mereka,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post