Tatkala mendengar perjalanan hidup seseorang yang baru memeluk agama Islam, kita juga akan ikut terharu dan terjentik rasa sebak dalam diri. Golongan muallaf ini digambarkan sebagai kain putih yang masih suci. Namun hakikatnya, proses itu tidaklah semudah yang disangka.
Masuk Islam pada September 2017…Rahsiakan daripada pengetahuan keluarga
Persis kisah seorang wanita ini, dia sempat merahsiakan statusnya yang sudah memeluk agama Islam selama 7 tahun berturut-turut. Difahamkan, Clara Shinta telah melafazkan 2 kalimah syahadah pada 10 September 2017 lalu dan selepas itu tidak pernah bertemu lagi dengan keluarganya.
@clarashintareal aku sekarang bahagia banget , mak pak 🤍
♬ suara asli - Clara Shinta
Lega akhirnya boleh jujur tanpa perlu menutupinya lagi…I am ‘officially’
Sampailah pada Mei 2023, ibu bapanya baru mengetahui tentang status tersebut selepas Clara pergi menunaikan umrah seorang diri. Awalnya, sudah pasti terbit sedikit rasa kecewa dalam diri mereka setelah mendapati anak sendiri bertukar menganut agama lain. Namun bagi Clara, perbezaan agama tidak pernah memadamkan rasa kasih sayang buat kedua orang tuanya.
@clarashintareal Lega akhirnya bisa jujur tanpa harus nutupin lagi, im “officially” ❤️
♬ original sound - ENCLARA - Clara Shinta
Mak, pak…Aku sekarang bahagia sangat
Pun begitu, kepulangan Clara baru-baru ini menjadi bukti bahawa mereka sudah menyambut baik keputusan tersebut. Menerusi TikTok, wanita berkenaan berkongsikan detik-detik hiba saat dia muncul di hadapan rumah ibu bapanya sebelum memberikan pelukan hangat. Ikatan keluarga ini sungguh akrab dan segala sengketa lama seakan-akan sudah terpadam.
@clarashintareal aku sekarang bahagia banget , mak pak 🤍
♬ suara asli - Clara Shinta
KREDIT : TikTok Clara Shinta / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.