Anak Sulung Ada Sindrom Down, Founder Luluh Kini Bayi Kembar Cuma Hidup 3 Hari


Bagi seorang anak, kepulangan orang tua mereka ke Negeri Abadi memang cukup menyesakkan dada. Namun bagi ibu bapa pula, pemergian anak yang dikandung selama 9 bulan sebenarnya jauh lebih meruntun jiwa. Itulah dugaan berat yang sedang dialami oleh seorang founder kosmetik bernama Nadya Shavira ini.

Kelahiran pertama diuji dengan anak Sindrom Down

Difahamkan sebelum ini, dia pernah berkongsikan mengenai keadaan anak pertamanya yang menghidap Sindrom Down dan komplikasi jantung. Sepanjang kehamilan, keadaan bayi dalam perut dilihat baik-baik sahaja dan kondisi budak itu hanya diketahui setelah dilahirkan. Tiada sejarah atau keturunan Sindrom Down daripada kedua-dua pihak, Nadya dan suami akui mereka mengambil sedikit masa untuk ikhlaskan dugaan yang diberikan Allah itu.

“Bibu harus dipantau sepanjang masa, 24 jam. Sebab kadang-kadang, dia tiba-tiba sesak nafas, badan jadi biru & kaku tanpa respon”

Sentuhan kali pertama & terakhir sebelum anak dikebumikan

Di sebalik ketabahan menguruskan Bibu, Nadya cukup gembira apabila disahkan mengandung untuk kali kedua dan kali ini ia merupakan zuriat kembar. Pun begitu, pasangan suami isteri ini sekali lagi diberikan ujian cukup berat. Di usia kandungan 7 bulan, Nadya tiba-tiba pecah air ketuban dan terpaksa melahirkan bayi pramatangnya secara czer.


Camilluma Kirei Syayeena, nama yang cantik seperti wajah pertama & terakhir Mama lihat

3 hari ditahan di ruangan NICU, anak kembarnya (yang pertama) tidak dapat diselamatkan setelah bacaan jantung dikhabarkan lemah. Bayi kedua yang juga berjantina perempuan masih lagi berjuang dan Nadya cuma meminta doa agar semuanya baik-baik sahaja. Bersama kesan czer yang belum sembuh, ibu ini menguatkan diri untuk hadir ke pengebumian anaknya dengan menaiki kerusi roda.

KREDIT : Instagram Nadshavv / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post