Atuk 63 Tahun Tak Luntur Semangat, Dah 11 Hari Kayuh Basikal Demi Tunai Ibadah Di Mekah
Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki warga emas yang berbasikal mahu ke Mekah tular di media sosial Indonesia.
Video atuk berusia 63 tahun itu sedang mengayuh basikal telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @gibran_asry31.
"Bersemangat ya pakcik, semoga tercapai cita-citanya dan selamat sampai ke destinasi. Indonesia ke Mekah," tulis kapsyen muat naik video tersebut pada 9 Oktober lalu.
Berdasarkan muat naik tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Supriadi itu dilihat mengayuh dengan semangat basikal miliknya di jalan kampung tersebut
Di belakang basikalnya terlihat beberapa beg pakaian yang berukuran besar bagi menyimpan bekalan sepanjang perjalanannya.
Basikal yang digunakan juga dilengkapi dengan nombor plat yang bertulis "Indonesia ke Mekah".
Basikal milik atuk yang sudah beruban itu juga dikatakan dilengkapi dengan kelengkapan berbasikal yang profesional.
Ketika disapa oleh perakam video, Supriadi tersenyum dan mengatakan bahawa dia sedang mengayuh basikalnya dari Tangerang Selatan.
Beliau turut menjelaskan bahawa dia akan menyeberang dari Batam, Kuala Tungkal untuk meninggalkan wilayah negara Indonesia.
"Mahu seberang dari Batam, Kuala Tungkal," kata Supriadi sambil tersenyum dan mengayuh basikal.
Sudah memulakan perjalanan selama 11 hari
Menurut Supriadi, dia telah melakukan perjalanan selama 11 hari menggunakan basikal miliknya itu.
Video muat naik itu sehingga kini telah ditonton melebihi 12 juta tontonan daripada pengguna media sosial tersebut.
Penonton juga dilihat meninggalkan komen mereka dan mendoakan perjalanan Supriadi tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
"Ya Allah semoga bapak sihat selalu dilindungi, sampai tujuan. Amiiin ya Allah," tulis seorang netizen yang mendoakan perjalan lelaki tersebut.
"Semoga beliau sehat selalu dan dijauhkan dari marabahaya dan semoga selamat sampai tujuan Aamiin," tulis seorang lagi netizen yang mendoakan perjalanan Supriadi.
"Dari Indonesia ke Mekkah naik basikal memerlukan waktu sekitar 7/9 bulan. Uhhh waktu yang sangat lama. Kerana jarak dan memerlukan keberanian yang tinggi," tulis seorang lagi netizen yang menjangkakan tempoh perjalanan Supriadi.
@gibran_asry31 INDONESIA TO MEKKAH 🤲💪🇲🇨➡️🇸🇦 #fyppppppppppppppppppppppp #fyp🇮🇩シ゚viral #capcut #tiktok #indonesiamekkah🇮🇩🇸🇦🕋🕋 #pesepeda #tangerangselatan #banyuasinsumsel #palembang #palembangtiktok #fyp ♬ suara asli - Gibran
Sumber: Oke Lifestyle / siakapkeli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.