Banyak kereta hon buat wanita ini tak senang duduk, bikin panas kena lalu jalan jauh... Prank birthday jadi kecoh!


Wanita ini menjadi mangsa 'prank' sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

SAMBUTAN hari lahir pastinya momen yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Pelbagai bentuk kejutan akan dirancang ahli keluarga mahupun teman-teman untuk meraikan hari bersejarah ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang wanita tampil dengan idea unik sempena ulang tahun kelahiran rakan sepejabatnya.

Dalam rakaman itu, wanita berkenaan menampal satu notis di belakang kereta rakannya yang meminta pengguna jalan raya untuk membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda ucapan hari jadi.

Keadaan itu membuatkan rakannya tidak keruan apabila beberapa kereta tiba-tiba membunyikan hon.

Bercerita kepada mStar, Siti Nur Izzah Anuar, 25, berkata dia mengambil inspirasi untuk melakukan kejutan itu daripada laman YouTube.

"Di pejabat, saya ada tiga kawan karib, satu sebaya dengan saya, nama dia Wahidah, lagi seorang ni dah kira senior, nama dia Dewi tapi kami biasa panggil dia kakak je. Kami ni memang masuk 'air'.

"Yang kami sambut tu hari jadi Kak Dewi yang ke-41. Mulanya, kawan saya bagi idea, dia tunjuk video prank yang lebih kurang macam ni juga dibuat di pejabat.

"Tapi sebab waktu birthday Kak Dewi tu tak ramai masuk pejabat, jadi saya dan Wahidah ambil keputusan untuk buat plan B, iaitu di kereta. Saya belajar daripada YouTube juga cara untuk plan ni.

Maka menjadi la prank kami, reaksi Kak Dewi yang seronok tengok tu.

SITI NUR IZZAH ANUAR

"Lagi best kejutan ni sebab kami tahu Kak Dewi tak suka kena hon, kalau kena hon je dia akan mula jadi tak tentu arah," kata Izzah yang merupakan ejen insurans PruBSN Takaful di Seremban, Negeri Sembilan.

Mengakui gementar jika kejutan mereka tidak menjadi, Izzah dan Wahidah tetap meneruskan rancangan tersebut.

"Kami ajak Kak Dewi untuk makan tengah hari di sebuah pasaraya di Seremban 2, naik kereta dia, biar dia yang masuk kereta dulu. Wahidah print kertas notis tu dan saya tampal dekat belakang kereta.

Momen mencuit hati apabila Izzah dan Wahidah membuat kejutan untuk Kak Dewi.

"Kak Dewi sedar pergi ke AEON tu sebab nak makan tengah hari sambil sambut birthday dia, tapi dia tak tahu tentang prank ni. Walau apa pun yang jadi, tak boleh bagi Kak Dewi berhenti kereta, sebab nanti kantoi," katanya.

Menurut Izzah, dia teruja apabila notis yang diletakkan di belakang kereta mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pengguna jalan raya yang lain.

"Mula-mula tu risau juga kalau kami buat prank ni tak ada siapa yang layan nak hon, sekali bila saya tampal je kertas tu, terus ada kereta dekat tepi dah hon. Kak Dewi terkejut, dia tanya saya kenal ke orang tu. Saya cakap tak pun.

Sambutan hari lahir untuk Kak Dewi.

"Masuk kereta, saya buka telefon dan rakam, saya cakap dekat Kak Dewi nak buat video vlog untuk sambutan birthday dia. Kak Dewi percaya.

"Ada beberapa kereta yang hon. Tiba di lampu isyarat, masuk kereta yang ketiga hon, Kak Dewi terus hilang sabar. Dia cakap ada apa-apa yang tak kena ke kereta dia. Dia ada buat salah apa ke?

"Dia fikir mungkin tali beg laptop dia terkeluar dari celah pintu, jadi orang prihatin nak beritahu. Wahidah dekat belakang dah cuit-cuit saya sebab tahan gelak," cerita Izzah.

Izzah kemudian sengaja meminta Kak Dewi untuk melalui jalan yang lebih jauh bagi memastikan lebih ramai pemandu membunyikan hon.

Izzah (depan) mengambil gambar kenang-kenangan bersama Wahidah, Kak Dewi dan penyelianya, Sahrol Nizam.

"Sepanjang perjalanan, memang banyak hon, kami ketawa tengok muka Kak Dewi berkerut.

"Sampai dekat lot parkir pasar raya, saya turun dulu kononnya nak pergi periksa. Saya cakap alamak kak, tak ada pun tali beg laptop terkeluar.

"Kak Dewi pelik, dia datang ke belakang dan dia pun nampak kertas yang ditampal tu.

"Menjadi prank kami, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Reaksi Kak Dewi seronok dapat kejutan," kata Izzah lagi.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post