Seorang pekerja restoran makanan segera memilih untuk berhenti daripada pekerjaannya dan memulakan langkah berniaga nasi lemak untuk menyara keluarga.
Difahamkan, tindakan tersebut dibuat susulan daripada krisis yang berlaku di Pelestin dan mengambil pendekatan untuk mengelakkan diri dari berhubung kait dengan pihak ‘perampas’.
Ambil inisiatif berniaga tepi jalan
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai shcateringmelaka atau Shafiya Lyanis, suaminya bertindak berhenti dari bekerja di restoran makanan segera terkenal itu sebagai salah satu bentuk solidariti terhadap saudara-saudara kita yang sedang ditindas.
@shcateringmelaka hari ptama jual nasi lemak utara rm2 sbgkus . bye2 McDonald's . org melaja meh support kami #trending #nasilemakrm2 #nasilemakutara #fypシ゚viral #freepalestine🇵🇸❤️ ♬ original sound - Hanisah Omar
Hari pertama cuma 5 bungkus nasi lemak terjual
Perkara tersebut juga tular di Facebook apabila Shafiya Lyanis menceritakan bahawa hari pertama membuka gerai hanya lima bungkus nasi lemak sahaja terjual dan hari kedua meningkat kepada 21 bungkus.
Namun, rezeki memang tidak salah alamat apabila memasuki hari ketiga video yang dikongsi di TikTok telah FYP. Sehingga ke hari ini, hampir 800 bungkus nasi lemak telah diedarkan selepas ada individu-individu baik membeli serta menginfakkannya kepada orang ramai.
“Laki ku decide untuk berenti kerja McDonald’s. Kita cuba jual nasi lemak utara pulakk, 1 bungkus RM2 jaa. Org Melaka jemput datang yaa
“Hari pertama niaga dapat 5 bungkus, hari kedua jual 21 bungkus. Hari ke-3 FYP video di TikTok.
“Ya Allah ramainyaa orang2 baik. Order masuk untuk infaq sahaja hampir 800 bungkus. Alhamdulillahh.” tulisnya.
Terkensan dengan penindasan dan pilih berniaga nasi lemak
Memetik laporan dari Mstar, wanita terbabit menyatakan yang suaminya, Humaidi Aminudin telah menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja di restoran makanan segera berkenaan ekoran terkesan dengan penindasan yang berlaku di Palestin.
“Sudah lebih enam tahun suami bekerja sebagai staf di restoran makanan segera tersebut. Hari-hari melihat penindasan yang berlaku pada saudara kita di sana membuatkan dia nekad mahu berhenti.
“Apabila melibatkan nama syarikat, suami risau pendapatan yang diperolehnya tidak berkat. Walaupun saya ada buat bisnes katering kecil-kecilan juga secara sambilan, tapi saya akui takut dan was-was pada mulanya.
Iyalah, kami ada anak kecil dua orang. Dengan komitmen lain seperti rumah dan kereta lagi. Tapi suami dan keluarga meyakinkan bahawa rezeki Allah tu luas,” katanya.
Tak sangka order bertubi-tubi masuk
Dia akui terkejut dengan sambutan daripada warganet sehingga permintaan untuk nasi lemak mencecah 1,000 pada hari keempat berniaga setelah video terbabit viral.
Walau bagaimanapun, dia hanya mengehadkan pembuatan nasi lemak kuning kepada 300 bungkus sehari kerana kekangan tenaga.
“Hanya saya dan suami yang buat semuanya. Selain kekangan tenaga, ia juga bertujuan untuk jaga kualiti,” ujarnya.
Ramai yang beri kata2 semangat
Dalam pada itu, Shafiya akui terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada orang ramai terutamanya di media sosial susulan tindakan yang dilakukan suami dalam bersolidariti kepada negara yang sedang ditindas ketika ini.
“Ada yang menulis, tindakan suami adalah jihad yang besar. Ya Allah, menangis apabila baca komen-komen netizen yang berbilang bangsa.
“Dalam kalangan yang mahu infaq ini ada juga influencer tapi ramai tak nak dikenali. Alhamdulillah, ramai mahu tumpang meraih pahala.
“Apa yang boleh saya katakan, yakinlah dengan rezeki Allah. Niat kita nak berubah untuk ke arah lebih baik, nak cari rezeki yang berkat, insya-Allah akan dipermudahkan,” akhirinya.
Difahamkan, pasangan ini berniaga setiap hari Isnin sehingga Jumaat kira-kira jam 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi berdekatan bus stop Taman Alai Indah, Melaka.
Nasi lemak yang telah diinfaqkan juga diedar kepada semua tanpa limit namun berharap orang ramai tidak membazir. Mereka juga mengedarkan nasi lemak berkenaan di masjid-masjid berdekatan kawasan perumahan mereka.
Sumber: Facebook Shafiya Lyanis, TikTok shcateringmelaka, Mstar / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.