Demi ‘support’ isteri hidap kanser, suami sama2 cukur rambut botakkan kepala


Penghidap kanser yang sedang berjuang dengan penyakitnya sudah tentu sangat mengharapkan sokongan daripada orang terdekat demi memastikan dii terus positif.

Cukur rambut isteri hidap kanser

Hal ini samalah seperti satu perkongsian tular melibatkan pasangan suami isteri yang begitu menyentuhi hati apabila sang suami memotong rambut sendiri demi isteri tercinta.

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok, pengguna akaun dikenali sebagai japan_clothing .co telah mencukur rambut isteri hidap kanser sebelum menghalakan pencukur rambut ke arah kepalanya sendiri.

@japan_clothing.co Cancer fighter !! All people luv u…. #cancer #cancerfighter #chemo ♬ original sound - MKM14

Suami cukur rambut demi isteri hidap kanser

Situasi hiba itu tersebut membuatkan warganet turut sebak memandangkan isterinya juga terkejut dan sempat menghalang tindakan suami yang mencukur rambut sendiri.

Dapat dilihat video yang berdurasi satu minit empat saat itu telah ditonton lebih dari sejuta viewers dalam masa satu hari sahaja selepas dikongsikan.

Pasangan berkenaan telah menangis bersama dan saling memberikan sokongan terutamanya buat isteri bagi menghadapi dugaan tersebut.


Semoga diangkat rasa sakit isteri hidap kanser tu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar isteri kepada pengguna TikTok berkenaan segera sembuh dan bebas daripada kanser.

Mereka juga berharap agar pasangan terbabit terus diberi kekuatan bersama-sama dalam menempuhi ujian yang diberikan Allah S.W.T.





Sumber: TikTok japan_clothing.co / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post