Doktor Tertinggal Bayi Dalam Kereta Lebih 8 Jam,Membiru Tak Sempat Diselamatkan


Insiden bayi tertinggal dalam kereta sudah banyak dilaporkan oleh media tak kira dalam atau luar negara sebelum ini. Sudah pasti, tiada mana-mana ibu bapa yang dengan sengaja mahu meninggalkan anak mereka dalam kereta menyedari risiko yang boleh terjadi.

Datang kerja jam 7.30 pagi, jam 5.30 petang baru sedar

Baru-baru ini pula, seorang jururawat dengan akaun Twitter @Iera Khan berkongsikan sebuah kisah duka yang berlaku di tempat kerjanya. Seorang pegawai perubatan (MO) dipercayai telah tertinggal bayinya seorang diri dalam kereta sejak jam 7.30 pagi.

Bawa pergi kecemasan, CPR semua…Tapi bayi memang dah ‘tiada’

Selepas 10 jam berlalu, barulah doktor terbabit menyedari tentang anaknya yang masih berada dalam kereta di kawasan parkir staf. Dengan keadaan yang sudah membiru, si ibu cuba melakukan CPR selama 6 minit. Pun begitu, Allah lebih menyayangi si kecil tersebut.

Isteri baru sedar belum hantar anak ke taska

Difahamkan, cuaca pada hari kejadian memang panas terik dan hujan pula hanya turun pada waktu petang. Pada jam 5.30 petang, suaminya tiba-tiba menelefon dan maklumkan anak mereka tiada di taska.

Ketika itulah doktor berkenaan baru menyedari dia terlupa menghantar bayi itu ke taska.

Semoga tiada sesiapa salahkan dia…Bila penat memang banyak benda akan lupa

Berita berkenaan cukup menghibakan netizen dan ramai mendoakan semoga doktor berkenaan tabah dengan ujian berat itu. Mereka juga berharap agar si ibu tidak dipersalahkan apatah lagi insiden ini bukanlah hal yang disengajakan.

KREDIT : Twitter Iera Khan / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post