Sampah yang dibersihkan dari rumah terbabit memenuhi satu tong RoRo. -Gambar Facebook Mimi
KATA-kata 'kita tidak akan memahami kesukaran yang dialami orang lain, melainkan kita turut mengalaminya' sememangnya benar.
Seperti wanita ini yang bekerja sebagai tukang cuci, dirinya seolah-olah diperlecehkan hanya kerana berjaya menyiapkan tugasnya dalam masa yang singkat.
Sudahlah dipandang rendah oleh pelanggan, bayaran yang diterima juga tidak penuh seperti dijanjikan selain terpaksa menunggu lebih tiga jam untuk mendapatkan upah.
"Sudah tiga jam saya tunggu bayaran daripada tuan rumah ni. Saya cleaner.
Tangkap layar perbualan dan keadaan kediaman tuan rumah berkenaan. -Gambar Facebook Mimi
"Tolong jangan pandang rendah terhadap cleaner... saya orang Malaysia, jadi cleaner demi rezeki halal. Bukan meminta-minta duit percuma," luahnya menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya lagi, rumah yang dibersihkan adalah jenis teres dua tingkat yang penuh dengan sampah sarap.
Ketika proses pembersihan,dia terpaksa mengangkat dapur gas yang berat untuk dibuang ke dalam tong RoRo.
Malah katanya, setelah dikumpul, tong RoRo itu juga penuh dengan sampah sarap dari rumah tersebut.
"Saya dan suami bersihkan rumah dua tingkat yang penuh dengan sampah, satu RoRo sampah. Kena angkat pula satu dapur gas berat dan buang dalam tong tu.
"Boleh bayangkan tak rumah dua tingkat, kami bersihkan sampai licin sampah-sampah tu penuh satu RoRo," tambahnya lagi yang reda perlu menggunakan banyak tenaga.
Berkongsi cerita kepada mStar, wanita yang dikenali sebagai Mimi ini berkata, perkongsiannya itu bukanlah untuk meraih simpati masyarakat sebaliknya berharap supaya pekerja pembersihan sepertinya tidak dipandang hina.
"Saya hanya mahu masyarakat jangan sesekali merendah-rendahkan kerja tukang pembersihan," luahnya sayu.
Ada juga orang macam ni, tak ada hati perut... nanti dah viral dia putar belit cerita pula.
WARGA MAYA
Dakwanya, dia hanya menerima upah selepas empat jam menunggu tuan rumah terbabit.
Bagaimanapun, mereka tidak menerima bayaran penuh seperti yang dijanjikan sebelum memulakan kerja.
Katanya, upah yang diberikan hanya sekadar cukup untuk mengisi minyak kereta, makan dan minum mereka sekeluarga pada hari tersebut.
"Saya dan suami buat kerja tanpa makan apa-apa selama empat jam. Tiga jam tunggu bayaran daripada tuan rumah.
Keadaan laman kediaman yang dibersihkan Mimi bersama suaminya. -Gambar Facebook Mimi
"Tuan rumah masuk periksa keadaan selepas cuci dan dia cakap semua okay. Masa ni, tuan rumah cakap akan bayar secara pemindahan tunai dalam talian (online transfer)," ujarnya yang pertama kali berdepan situasi seumpama itu.
Menurutnya lagi, tuan rumah memberikan alasan membayar hanya separuh upah disebabkan masa yang diambil untuk melakukan kerja-kerja pembersihan adalah singkat.
Terkejut dengan alasan tersebut, suaminya kemudian bersuara dan merungut tentang 'perjanjian' bayaran yang telah dibuat lebih awal.
Pada masa sama, mereka turut menjelaskan tugasan dapat disiapkan lebih awal kerana sudah biasa melakukannya dan mengikut langkah-langkah yang pembersihan yang betul.
Antara komen daripada warga maya.
"Suami saya bersuara juga pada tuan rumah 'mana boleh macam ni'... kami buat kerja berat bukan ringan-ringan.
"Cepat siap sebab kami tahu langkah-langkah kerja ni, nak siap cepat supaya tak buang masa," tambahnya.
Bagaimanapun, kata-kata mereka hanya dipandang sepi sebelum tuan rumah berlalu pergi.
Perkongsiannya mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati terhadap pasangan ini.
"Ada juga orang macam ni, tak ada hati perut... nanti dah viral dia putar belit cerita pula. Semoga dipermudahkan urusan sis.
"Lapor polis dulu dan tunjukkan bukti perbualan. Saman, baru dia ada akal.
"Saya rasa nak buat kerja apa pun sekarang kena minta deposit dahulu. Kesiannya, semoga urusan sis sekeluarga dipermudahkan," ujar beberapa warga maya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.