Aida antara artis yang turut serta berniaga di karnival bersama arwah.
PELAKON Aida Aris memaklumkan jenazah Allahyarham Badrul Muhayat sudah dibawa ke Hospital Sebarang Jaya, Pulau Pinang bagi menjalani proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Aida berkata, isteri arwah iaitu Norhayati Zulkapli turut berada di hospital berkenaan bagi menguruskan proses bedah siasat Allahyarham sebelum menentukan perkara lain bagi menguruskan jenazah.
"Jenazah sekarang sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat tapi saya tidak pasti sama ada hari ini atau esok proses itu akan selesai.
Badrul Muhayat meninggal dunia pada usia 55 tahun.
"Isteri arwah sekarang berada di hospital bagi menguruskan bedah siasat," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aida memberitahu sempat berbual dengan Badrul sebelum mereka kembali ke bilik masing-masing memandangkan menginap di homestay sama.
Kata Aida, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tingkah laku pelik selain kelihatan sihat.
"Semalam selepas pulang dari berniaga arwah cakap dia nak masuk tidur sebab mengantuk. Itu sahaja yang kami bualkan," katanya lagi.
Menurut Aida lagi, dia sedang bersiap untuk ke karnival jualan pada pagi Sabtu sebelum terdengar jeritan Norhayati menyangka berlaku pergaduhan.
Bagaimanapun terkejut apabila ke bilik hotel Allahyarham dia dimaklumkan oleh Norhayati tentang pemergian arwah.
Aida dan arwah sering berkerjasama dalam drama.
"Pagi tadi saya terkejut bila mendengar jeritan Norhayati daripada dalam biliknya... Saya ingat bergaduh.
"Bila pergi ke bilik mereka baru saya nampak Norhayati dalam keadaan cemas dan kami segera hubungi ambulans," kongsinya.
Terdahulu, Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia ketika tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang pada pagi Sabtu.
Allahyaraham menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun.
Berita pemergian aktor berkenaan disahkan oleh rakan pelakon iaitu Anne Abdullah.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.