Kenduri meriah lauk sampai 5 jenis, tetamu ‘sauk’ banyak tapi cuit sikit... Tuan rumah terkilan ramai buang dalam tong sampah


Pembaziran makanan bukan amalan yang perlu dicontohi. -Gambar hiasan / The Star

HIDANGAN yang disediakan tuan rumah antara tumpuan tetamu di majlis rumah terbuka atau kenduri.

Bukan sahaja banyak pilihan, malah keenakkannya juga diperkatakan sehingga segelintirnya terlupa untuk menjaga adab sebagai tetamu.

Sedihnya apabila makanan yang diambil tetamu tidak dijamah dan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah.

Pembaziran makanan sering berlaku di majlis jamuan atau kenduri. -Gambar hiasan

Turut terpalit dengan situasi sama, seorang aktivis, Firdaus Shakirin meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir tetamu di majlis kenduri adiknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, menurutnya, lima jenis hidangan utama yang disediakan diambil segelintir tetamu dengan kuantiti berlebihan.

Apa yang mengecewakan tuan rumah tentunya melihat makanan yang diambil tidak dihabiskan dan terbuang begitu sahaja.

"Tiga hari lepas kenduri adik. Ada lima jenis lauk pauk disediakan. Ayam goreng kunyit, lauk ikan bawal masam manis, daging masak gulai, daging masak serai dan kurma kambing.

"Semua jenis mereka sauk masuk dalam pinggan. Sauk pula banyak-banyak. Tak apalah, dah kenduri kan, dah mereka datang nak makan kan. Tak kan kita nak larang.

"Apabila kemas meja, tengok mereka buang dalam tong sampah. Semua jenis yang mereka ambil tu, cuit sikit-sikit je pun. Yang lain apa jadi tuan-tuan dan puan-puan? Buang," jelasnya.

Kita sebagai tuan rumah bukannya kedekut kalau tetamu jenis habiskan makanan.

NETIZEN

Selain sajian utama, Firdaus berkata, keluarganya turut menyediakan hidangan sampingan seperti apam balik dan dorayaki untuk para tetamu terutama mereka yang tidak mahu menjamah makanan berunsurkan nasi.

Dia turut menyuarakan kekecewaannya apabila makanan yang diambil tidak diusik dan akhirnya dibuang saja ke dalam tong sampah.

"Mereka hantar anak-anak pergi beratur. Seorang ambil dua hingga tiga biji bawa ke meja. Tak apalah, kenduri mereka nak makan kan. Kita pun nak jamu mereka.

"Pergi kenduri, makanan semua nak makan. Apabila semua ambil masuk dalam pinggan, makan tak habis lepas tu buang. Sifat tamak macam ni kat semua tempat ada.

"Tak tahu nak berjimat cermat apabila orang bagi makan percuma. Elakkanlah sifat macam ni dalam diri. Pergi kenduri macam mana pun, ambil sekadar mampu habiskan," katanya lagi.

Dia kemudian menjelaskan bahawa sebagai tuan rumah, mereka bukan mahu berkira kerana mahu meraikan kegembiraan dan berkongsi rezeki.

Antara komen netizen.

Namun perkongsiannya itu ingin menegur mereka yang suka membazir makanan kerana pepatah mengatakan bahawa membazir itu merupakan amalan syaitan dan syaitan itu sangat ingkar pada Tuhannya.

Hantaran yang dimuat naik di Facebook itu meraih lebih 4,800 tanda suka dan dikongsi lebih 1,600 kali.

"Kan... tuan rumah risau makanan tak cukup. Tapi bila tengok atas meja banyak makanan terbuang.

"Cukup menyampah tengok orang macam ni. Kita sebagai tuan rumah bukannya kedekut kalau tetamu jenis habiskan makanan.

"Terima kasih atas peringatan. Memang banyak orang kita yang macam ni. Minta dijauhkan sikap begitu," kata netizen di ruangan komen.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post