Lelaki Nangis Meluah Di Ceramah Agama, Kerap Diasak Soalan “Bila Nak Ada Anak”


“Mandul, tidak subur, tidak pandai buat, rahim lemah”, ayat-ayat ini mungkin pernah dilemparkan kepada pasangan TTC (try to conceive) di luar sana. Hanya sebab lambat dikurniakan zuriat selepas berkahwin, orang luar sedap membuat andaian sendiri serta sindiran pedas tanpa menyedari kata-kata mereka boleh mengguris perasaan seseorang.

Ketika kami belum bernikah, selalu ditanya “Bila nak nikah, bila nak nikah?”

Cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Tatkala melihat isteri tertekan diasak dengan persoalan berbunyi “Bila nak ada anak”, sedikit sebanyak pastinya ia turut menyentap perasaan si suami. Dalam sebuah video yang tular di TikTok ini, seorang lelaki yang hadir ke sebuah ceramah agama telah bangun bertanyakan tentang hal ini kepada Ustaz Muhamad Subhan Bawazier dengan nada suara cukup sedih.

Bagi saya sebagai seorang lelaki, mungkin tiada masalah…Bagaimana pula hati isteri?

Jelasnya, dia dan isteri sudah bernikah selama setahun namun belum dikurniakan sebarang cahaya mata. Tinggal di kawasan kejiranan yang cukup padat, mereka terus-terusan ditanyakan soalan sama tentang anak. Di sini, lelaki itu meminta pandangan ustaz bagaimanakah cara untuk menenangkan hati si isteri yang mungkin amat terkilan dengan pertanyaan itu.

Jelaskan kepada pasangan, anak adalah takdir yang akan ditakdirkan oleh Allah…Entah bila diberi

Ustaz Muhamad Subhan Bawazier kemudiannya menitip pesan agar kita sentiasa bersangka baik dan menyemat rasa bersyukur pada Allah. Perihal anak merupakan urusan rezeki yang akan ditentukan oleh Allah. Fikir yang baik-baik, maka Allah akan berikan hal baik suatu hari nanti InsyaAllah.

@jejakshahabat

Pertanyaan sensitif ini kadang untuk sebagian orang kedengaran seperti hal yang ringan. Namun bagi sebagian lain, hal-hal privasi ini menjadi konsumsi publik. Maka, diperlukan edukasi khusus tentang menjaga batasan antara urusan publik dengan individu. Guru kita semua, ustadz @usb.bawazier menasihati kita semua tentang cara menerima takdir dari Allah Azza wa Jalla. Barakallahu fiikum. 📍Supported by: @nusseyba.id @porteegoods @safron.printing @officialdonat_bahagia @mgdconsultant @samase_centro @thara.id — RAIH KESEMPATAN MENDULANG PAHALA MELALUI PROGRAM INI Support pengadaan kendaraan operasional JS yuk! Kendaraan ini akan digunakan untuk: Mobilisasi alat-alat kajian, Pengiriman logistik bantuan bencana, Penunjang kegiatan dakwah di lapangan dll. Support program ini via rek: 🏧 BSI 6275757576 a/n JS Wakaf Barakallahu fiikum 🍃 JSinfo: berbagi.link/jejakshahabat —- 🎁🎁🎁Yuk berbagi faidah menarik plus mendapatkan hadiah menarik dari @f.j.o.r.d. Caranya mudah, silakan shobat fillah menuliskan faidah dari reels ini di kolom komentar. Bagi 3 faidah yang paling menarik, insya Allah @jejakshahabat akan kirim hadiah.

♬ original sound - Jejak Shahabat

KREDIT : TikTok Jejak Sahabat / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post