Mahu Cari Duit Bantu Suami, Individu Wanita Buat Empat Kerja Sambil Jaga Anak


Tidak dinafikan, se0rang suami mempunyai kewajipan untuk mencari nafkah buat isteri dan anak-anak dalam menyediakan makan, pakaian dan tempat tinggaI. Bagaimanapun, ia tertakluk pada isteri sekiranya bersedia dan sanggup untuk memberi bantuan dengan hati yang ikhlas.

Bukan untuk suami saja, tapi untuk tanggung keIuarga di kampung juga

Afrin Najiha, se0rang isteri dan ibu nekad mahu bekerja untuk membantu suaminya mencari rezeki yang halal. Dia dan keluarga pernah mengalami kesusahan sehingga tiada bekaIan makanan disebabkan suaminya yang tidak mempunyai kerja tetap. Hal itu menyebabkan dirinya sanggup melakukan empat kerja dalam sehari agar kebajikan anak-anak tersedia. Selain daripada melakukan kerja membersihkan rumah Allah pada waktu pagi, Afrin Najiha juga meIakukan perkhidmatan membersihkan rumah rakannya, menjual kek c0klat dan aiskrim Malaysia serta menjual pr0duk kecantikan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Mama ada slipdisk, mama kuat untuk kamu semua

Ibu kepada lima 0rang anak ini b0leh dikatakan tiada waktu untuk berehat kerana sibuk melakukan bermacam-macam pekerjaan. Seawal 7 pagi setelah menghantar anak-anak ke sekolah, dia sudah mula bekerja dari satu tempat ke tempat yang lainnya. Anak yang masih kecil dibawa bersama menemaninya sepanjang waktu bekerja. Manakala pada waktu malam, apabila anak-anak sudah tidur, dia mencuri masa menyiapkan aiskrim dan kek c0klat yang dibuat sendiri untuk dijual pada keesokan hari.

Najiha akui dirinya tidak mengharapkan simpati dan ihsan 0rang sekeliling

Melalui perkongsian vide0-video di akaun TikTok miliknya, dirinya akui menerima banyak kecaman dan kritikan daripada orang ramai. Ada segelintir yang mengatakan dia membuat vide0 bertujuan meraih simpati masyarakat. Ada juga yang terus membuat spekulasi sendiri dan beranggapan dia membuka aib suaminya di depan khalayak ramai. Namun, dia tidak sedikitpun ambil hati, malah menerima dengan hati yang terbuka. Katanya, video yang dimuatnaik sekadar untuk berkongsi kisah dan pengalaman sebagai seorang ibu.

@njiha_jer

terpakse meluah kan sedikit perasaan ...aku buntu..

♬ bunyi asal - zairy_adzliofficialAR69


Kredit : Youtube Harian Metro & TikTok Afrin Najiha / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post