Mayat rakyat Palestin berbau harum, darah masih segar selepas tiga hari terperangkap dalam runtuhan


Tangkap layar video dikongsikan NGO Cinta Gaza Malaysia di Instagram.

TRAGEDI berdarah di Palestin terus ditangisi masyarakat dunia lebih-lebih lagi ketika kita menyaksikan pelbagai video dan foto menunjukkan kekejaman Zionis.

Terbaharu, perkongsian di Instagram Cinta Gaza Malaysia tentang penemuan mayat seorang lelaki rakyat Palestin mengundang sebak ramai.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, mayat berkenaan ditemukan terperangkap dalam runtuhan bangunan selepas tiga hari.

"Tiga hari terperangkap di bawah runtuhan. Darahnya masih mengalir keluar.

"Saya betul-betul bau jenazah ini berbau harum. Saya bersumpah pemuda ini tersekat selama tiga hari," ujar seorang rakyat Palestin yang berada di sisi mayat.

Menurut individu berkenaan, mangsa dikenali sebagai Abdullah Rabi'e Sahwil itu dianggap mati syahid kerana terkorban menentang kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin.

Memetik portal Maktabah Al Bakri, gelaran syahid di akhirat dan dunia diberikan kepada sesiapa yang terbunuh di jalan Allah melawan orang-orang kafir (bagi menegakkan agama-Nya).

Perjuangan mereka ini mestilah ikhlas kerana Allah serta dalam keadaan mara ke hadapan dan bukannya berundur melarikan diri daripada musuh.

Untuk rekod, Israel sebelum ini membuat serangan ke atas sebuah hospital di Gaza dan membunuh kira-kira 500 orang dalam kejadian pada Selasa.

Namun, mereka membuat penafian dengan mendakwa letupan adalah berpunca daripada serangan pejuang Palestin itu sendiri.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post